Sunday, October 30, 2011

Cheese Layer Cake

Blogku dah lama gersang tanpa sebarang resepi semenjak dua menjak ni. Seperti yang aku maklumkan dalam entry aku sebelum ni, memang banyak masalah melanda sehingga aku tiada masa untuk menulis coretan di blog. Sekadar bukak dan lihat je...... Mungkin bila cuti semester yang bakal menjelma ni, dapat la kot aku update hari2...... harap2 ler.....hehe.

Aku sepatunya buat entry ni jumaat lepas tp bila time aku free skit, connection plak slow kat ofis. Macam sekarang ni, aku baru je bukak laptop, tulis tajuk entry, MHN2 plak jaga nak kuar buai..... kacau daun tol hehehe......

Tapi aku tetap nk meneruskan entry aku ni. Nak gak tulis resepi kek yang aku buat jumaat lepas untuk potluck kat ofis. Resepi aku tengok kat blog Kak Azlita tapi resepi asal datang dari blog Ryo. Aku edit skit je untuk sesuaikan dengan loyang aku dan guna sebungkus biskut je. K la jom tengok resepinya.

Cheese Layer Cake



Bahan:
300gram Biskut Marie (aku beli perisa cappucino)
500gm Cream Cheese ( aku guna Philidelaphia)
300ml susu segar (dipanaskan)

1/2 cawan gula halus
15ml susu segar

Cara - cara:

1. Pukul cream cheese dengan gula hingga sebati.

2. Masukkan susu segar dan pukul lagi sehingga kembang.
3. 300ml susu segar dipanaskan seketika.
4. Ambil loyang 7x7, lapikkan dengan kertas minyak. (aku guna loose base tin)
5. Ambil biskut marie sekeping demi sekeping, celupkan ke dalam susu segar yang dipanaskan dan susun di dasar loyang.
6. kemudian sapukan aduna cheese di atas lapisan biskut tadi. Ulangi langkah sehingga abis dan pastikan lapisan cheese berada dia tas sekali.
7. Akhir sekali, ambil 2 keping biskut, ramaskan di dalam penapis teh dan tabur sekata di atas lapisan cheese tadi.
8. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Selamat Mencuba!

Sunday, October 23, 2011

Quick mobile update

Hai bila la agaknya aku dapat update blog hari2... Actually banyak sangat hal yang yang berlaku kebelakangan ni yang boleh aku update dlm blog. Tapi masa sangat membataskan aku.. Bila kat ofis aku bz sangat tp skrg ni dah 4 hari aku lepak kat wad jaga MHN1demam. Bosan sesangat kalo time dia tido.. Tp nk bwk keje ke hospital mcm agak keterlaluan pak huhuhu. Tp fikiran aku kadang2 melayang jugak kat pejabat memikirkan keje yang banyak. Nak pk pasal rumah baru aku yang xsiap2 pun xlarat dah.. Dapur pun dh lama xberasap. Almaklum pindah ke rumah yang xsiap dek gara2 kontraktor penipu.. Duit aku dah dibawa lari tapi xsanggup aku tengok dapurku yang xsiap. Dulu aku bersemangat nak masuk umah baru konon nak selalu masak bila buat cabinet cantik tapi hampeh punya kontraktor. Tak baik sangat buat bangsa seagama macam ni. Sebelum ni selalu dengar member2 cite terkena dengan kontraktor, xsangka kena kat batang idung sendiri. Sabo je la..

Wednesday, August 24, 2011

Salam Lebaran......

Fuuhhhh............!!!!! Tiup habuk kat blog aku yang dah bersawang ni.... Lama tul aku tak update blog aku. Hampir sebulan berpuasa aku langsung tak buat entry. Bukannya sesaje.....tapi aku rasa semester ni adalah semester yang paling sibuk. Dengan kelas yang banyak daripada biasa dan kerja sampingan yang semakin berat dipikul....... Sampai aku tak sempat nak wish salam Ramadhan kepada pengunjung blog. Bila weekend plak aku sibuk pasal rumah baru yang bakal kami duduk bulan depan... Hmmm..... memang bz btul la sampai aku rasa 24 jam sehari pun tak cukup...

Phewww....... Ari ni baru aku rasa macam free skit walaupun masih banyak perkara yang blom aku bereskan tapi aku macam malas nak pikir ari ni..... Hari ni dah 24 hari kita berpuasa. Tinggal beberapa hari lagi nak sambut raya tapi sebenarnya.......aku langsung xbuat preparation untuk raya!! Baju raya? Blom beli lagi...... mungkin weekend ni baru nak cari kot hehehe....... Seban dalam kepala aku cuma duk pikir preparation nak masuk rumah baru, pikir nak buat itu ini, beli itu ini semua untuk rumah sampai baju raya anak pun xbeli lagi......;)

Sepanjang bulan Ramadhan ade la beberapa kali aku masak untuk berbuka.... Bersahur memang masak tapi simple2 je..... Untuk entry kali ni aku nak tunjuk koleksi masakan aku sepanjang bulan Ramadhan.....Ok tak? Takut nanti dah tak sempat nak buat entry dah bulan Ramadhan ni.

Aku pun nak ambik kesempatan mengucapkan Salam Lebaran kepada semua. Hati - hati memandu dan semoga berbahgia bersama keluarga di Hari Raya.... Maaf Zahir dan Batin....

Agar - agar kegemaran MHN1

Tom Yam Ayam

Siakap 3 Rasa

Apam comel. MHN1 sangat suka siap angkat ibu jari, gooood.... katanya... ;)

Tempahan daripada officemate.....

SELAMAT HARI RAYA..... MAAF ZAHIR & BATIN daripada kami sekeluarga....

Friday, July 8, 2011

Ketam Masak Lemak

Semalam aku rasa penat tul dengan jadual kerja aku yang agak pack. Masa on da way balik kerja aku berkira2 sama ada nak makan kat luar atau nak masak untuk dinner. Tapi badan dah penat macam malas plak nak kuar. Lagipun macam dah boring plak makan nasi kedai... Hmm.... Aku pun singgah la kat kedai aci kat kampung sebelah taman aku tu, tengok2 ape lauk basah yang ade untuk aku masak makan malam. Biasanya lauk yang ade macam dah lama tapi hari ni nampak semua fresh. Pastu aku ternampak ade ketam. Jarang ade ketam jadi aku sambar la 2 ekor. Dah lama tak masak ketam...... Ikan pun fresh, aku amik ikan kembung dan sotong jugak.....

Nasib baik jugak Hubby balik awal ari ni, dapat la aku memasak dengan tenang skit tanpa pembantu2 yang begitu 'rajin'. Tapi sebelum tu kitorang pegi tengok2 umah baru kami. Baru dapat kunci semalam. Xlama lagi xde la duduk umah sewa lagi..... Tp banyak perkara yang perlu buat sebelum dapat masuk umah tu.....

Hmm.... jom layan gambar Ketam Masak Lemak aku. Resepi macam biasa je, rasanya semua tau nak buat masak lemak ni. Aku je yang baru berjinak2 masak lemak ni.....

Amacam? Mengancam tak ketam tu hehehe.....

Wednesday, July 6, 2011

Resepi Chocolate Layer Cake

Hari ni just nak bagi resepi Kek Coklat Berlapis yang aku buat tempoh hari. Since ramai yang tanya tentang resepi ni, meh la aku upload resepinya kat sini. Sebenarnya aku adjust daripada resepi kek coklat kukus yang aku selalu buat cuma aku buat layer je...



Bahan2:

1 cwn gula (kisar)
2 cwn tepung naik sendiri (Blue Key)
3 biji telur grade A
1 cwn koko powder

1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak
1 cawan milo
1 cwn air panas didih
1 tsp esen vanila

Cara2:

1. pukul gula dan telur sehingga kembang.

2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dipukul.
3. Masukkan susu dan setengah cawan air.

4. Masukkan minyak masak dan gaul sebati.

5. Asingkan separuh adunan dan masukkan esen vanila ke dalam adunan ini. Gaul sebati.
6. Masukkan serbuk koko, milo yang dikacau di dalam air panas ke dalam separuh lagi adunan, gaul sebati.
7. Tuang adunan coklat ke dalam loyang yang telah digris dengan minyak.

8. Lapiskan dengan adunan vanila tadi di atas lapisan coklat.

9. Kukus selama 1 jam.

10. Sejukkan sebelum dipotong.


Selamat mencuba!

Tuesday, July 5, 2011

Nasi Goreng Seafood Bertelur

Minggu ni dan minggu2 seterusnya akan menjadi minggu yang bz bagi aku. Semester baru sudah bermula dan banyak tugas sampingan yang bakal menghantui aku setiap masa... Jadi aku memang terpaksa mencuri waktu untuk update blog aku jika ade masa terluang. Sejak minggu lepas aku nak upload gambar masak2 aku tapi tak berpeluang langsung. Aku dah amik banyak gambar masak tapi asyik terlepas nak upload. Hmm.... kat umah sibuk dengan anak2.... kat ofis sibuk dengan kerja..... bersawang blog aku.... Xde orang singgah sebab tuan umah pun xde..... Aku ingat lepas ni aku nak buat auto publish la bila aku ade masa, baru la nampak macam ade tuan umah blog aku ni.....

Semalam aku untuk dinner aku masak simple je, Nasi Goreng Seafood tapi aku tambah telur puyuh, maka jadilah Nasi Goreng Seafood Bertelur hehehehe...... Semua nampaknya suka. MHN1 pun makan banyak. MHN2 terliur tengok abang dia makan, aku bagi dia rasa skit, terkumat kamit mulut dia mengunyah. Sedap kot...hehehe......
Resepinya aku bantai sendiri tapi kalo nak cuba boleh la....

Nasi Goreng Seafood Bertelur


Bahan2:
2 mangkuk nasi putih

3 ulas bawang putih - ditumbuk

3 biji cili padi - dibelah 2
6 ekor udang

4 ekor sotong

5 biji telur puyuh (optional)

sayur sawi
2 sudu sos tiram

sedikit pati ayam

Sedikit minyak

Garam dan serbuk perasa (optional)


Cara2:

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan udang dan sotong, kacau sehingga agak masak.
3. Masukkan telur puyuh, sos tiram, cili padi, pati ayam, garam dan perasa, kacau seketika.
4. Masukkan sawi dan nasi putih, gaul sebati.

5. Hidang ketika panas.



Simple dan sedap!

Tuesday, June 28, 2011

Chocolate Layer Cake

Lewat petang baru dapat bersiaran hari ni. Badan rasa lemah je bila kena selesema ni. Aku paling tak suka selesema sebab aku terpaksa hidup bertemankan tisu... Kalo selesema je berkotak2 tisu aku habiskan. Memang rimas tol. Hmm.......

Tapi disebabkan hari ni ade potluck kat ofis, aku gagahkan diri buat kek. Kalo potluck, memang xsah kalo aku tak bawak ape2. Aku mesti akan cuba buat ape2 je.... Semalam aku tak larat nak kuar pegi beli bahan, jadi aku godek2 ape bahan yang ade kat umah yang boleh aku buat kek. Since kat umah ade choco powder, aku terpikir untuk buat kek coklat tapi aku inovasikan menjadi kek coklat berlapis vanila atau aku namakan Chocolate Layer Cake. Aku gunakan resepi kek coklat kukus seperti aku guna sebelum ni tapi aku bahagikan kepada dua bahagian, satu biar kosong dan satu tambah coco powder. Aku xlarat nak taip resepinya hari ni. just tayang gambar je la. Next time aku tulis resepinya ye.........


Malam tadi aku rajin sket nak masak dinner, aku buat Sotong 3 Rasa....



Wednesday, June 22, 2011

AKU PROMOSI KAU KAU PROMOSI AKU


Selamat datang!!

Terasa nak join plak segmen ni. Blog aku bukan jual ape2.... just blog suka2........ Ade cerita sket, ade resepi sket.... Bleh singgah kalo suka....... (^_^).

Credit untuk En. Ben untuk segmen menarik ni.....

Dadih dan Pancake

Setiap hari aku tak pernah lupa untuk sediakan bekalan kepada anak aku untuk dia makan kat taska. Kalo aku tak sempat masak, aku standby bekalan yang ready to eat macam roti ke, bijirin ke, biskut ke. Tapi hari2 aku pastikan ade bekalan untuk MHN1. MHN2 macam biasa la aku bagi nestum je sebab kalo aku masak bubur nasi langsung dia tak mahu makan. Sejak kebelakangan ni aku tengok bekalan yang aku bagi mesti dia bawak balik semula. Kadang2 roti pun masih elok dalam plastik tak bukak. Aku hairan tol, aku pun tanya la pengasuh sama ada anak aku makan ke tak kat taska, rupanya baru aku tau, dia tak makan ape2 pun kat taska. Nasi pun langsung dia tak makan. Terkejut gak aku. Mak dia melantak nasi lemak, ayam goreng, ikan patin bagai kat pejabat, rupanya anak tak makan kat taska. Dia cuma minum susu je. Masa dengan pengasuh lama, banyak dia makan, bekal selalu habis. Kenapa ye?Hmmm........ Jadi malam tadi aku cuba buat makanan kegemaran dia. Aku buat dadih strawberry sebab kalo pegi pasar malam selalu nak dadih pink! Hari ni aku bekalkan dia 2 cup dadih pastu buatkan dia pancake pagi tadi. Selain tu bekalan sampingan, aku bagi coco crunch dan air sunquick mangga. Memang penuh la backpack dia hari ni. Harap2 dia makan segala mak nenek bekalan aku bagi...... Aku pun dah pesan kat pengasuh supaya pujuk dia makan. Aku kesiankan dia yang makin kurus...... MHN2 pun asyik tak sihat kebelakangan ni...... Hmmm.......risau je aku.....

Inilah dadih dan pancake bekalan MHN1




Monday, June 20, 2011

Sizzling Mee Siput

Salam Isnin untuk semua...
Alangkah seronoknya kalo aku dapat update blog setiap hari... Selalunya mesti entry masakan aku backdated. Semalam masak, baru hari ni nak upload. Tak bleh nak upload on the spot. Paham sajelah masalah ibu muda ni..... (muda ke???? Blom 30an kira muda la......hehe). Weekend lagi la aku tak berpeluang nak jenguk blog. Tapi weekend aku baru ni memang berbaloi2 dan kempis poket. Pusing2 Ipoh sampai petang, bawak balik 2 gadget. Niat cuma nak beli notebook je tapi terbabas beli skali Samsung Galaxy Tab. Jangan jeles u......hehe. Berangan nak beli notebook Apple Macbook Air tapi lepas dinasihatkan oleh jurujual Macbook tentang keburukannya maka terbatal la niat aku untuk memilikinya..... Akhirnya aku memilih untuk membawa balik sebiji netbook Acer Aspire One. Walaupun aku kurang berkenan colornya tapi disebabkan capacity Hard disknya yang besar berbanding netbook lain maka aku ketepikan soal colornya. Lagipun kata jurujual tu (bukan jurujual Macbbok tadi), color ni memang limited edition. Jarang kuar... (Yelah tu.....). Hmmmm..... aku ni kalo beli ape2 memang nak puas hati tapi Hubby kata amik je.... color doesn't matter.... tapi kalo aku color does matter gak memang hari2 nak tengok. Tapi takpe la ok jugak kot color ni. Cuma bukan color favourite aku je.....

Petang Ahad semalam tertunailah hasrat aku yang dah lama terpendam nak buat Sizzling Mee. Aku guna Mee Siput yang dah lama aku beli drp kawan aku yang dia bawa dari Johor. Aku rujuk resepi dari Myresipi tetapi ditokok tambah ikut suka hati aku hehe.... Memang sedap cuma terlebih pedas plak aku buat semalam. Anak aku tak tahan plak. Padahal aku bubuh sikit je balckpepper tapi aku rasa pedas dia datang drp cili kering. So, bagi sesapa yang xmo pedas sangat masukkan 1 biji je cukup. Rasanya memang marvelous! Boleh la cuba.

Sizzling Mee Siput
Bahan2: (untuk 2 orang)

4 keping Mee Siput ( Boleh ganti dengan Yee Mee)
5 ulas bawang putih - cincang
4 biji cendawan shitake - rendam dahulu (potong 4 kalo mahu)
4 ketul ayam - potongan kecil (mana2 bahagian yang suka) - aku guna 2 ketul paha dipotong 4
1/2 biji lobak merah - diparut memanjang

2 biji telur
2 biji cili kering - potong 2
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair - aku tak letak sebab xde stok
2 sudu besar kicap pekat
1/2 inci halia - hiris nipis
garam secukupnya
serbuk lada hitam
2 cawan air
minyak bijan - aku tak letak
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
sedikit minyak untuk menumis

Cara2:

1. Tumis bawang putih, halia dan cili kering sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan air, biarkan mendidih dan empuk.
3. Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat dan serbuk lada hitam. Biarkan seketika.
4. Masukkan cendawan dan sayuran lain. Kacau sekejap dalam 5 minit.
5. Masukkan tepung jagung yang telah bibancuh tadi dan titikkan minyak bijan (jika mahu).
6. Masukkan mee siput, biarkan seketika.
7. Akhir sekali, pecahkan telur, jangan kacau, biarkan telur separuh masak angkat dan hidangkan ketika panas.
Pasti terangkat!


Selamat mencuba!

Tuesday, June 14, 2011

Ayam Percik Express

Selepas beberapa hari dapur aku tak berasap, hari ni aku rasa macam nak masak plak. Kebetulan tengahari tadi aku ade beli ayam, so resepi aku petang ni berasaskan ayam la. Sebenarnya aku ni jarang masak lauk yang pakai santan tapi disebabkan aku ade beli santan frozen semalam, maka aku pikirkan lauk ape yang aku boleh buat guna santan. Aku bukan peminat kari ataupun masak lemak, jadi aku rasa ayam percik adalah terbaik untuk aku masak petang ni. Tapi ayam percik aku bukan la kena panggang bagai, sangat cepat masak ayam percik ni, that's why aku namakan Ayam Percik Express. Walaupun namanya express, tapi bukan senang nak memasak dengan 2 orang askar sedang berperang..... Terpaksa la aku berkejar ke sana ke mari sambil masak.... Penat sungguh!

Resepi Ayam Percik ni aku guna resepi macam mak aku selalu masak cuma aku tak bakar kat bara api je. Aku ikut cara yang aku pernah baca kat internet cuma aku lupa website ape....hehe....I'm sorry...!!

Kalau ade sesapa nak cuba, bleh ikut resepi di bawah:

Ayam Percik Express


Bahan2:

5 ketul ayam
10 biji cili kering - kisar
6 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
2 batang serai - kisar
inci halia - kisar
1 keping asam
2 cawan santan
1 cawan air
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis


Cara2:

1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam, santan dan air. Kacau sehingga mendidih.
3. Masukkan asam keping, garam, gula dan perasa.
4. Perlahan kat api, teruskan mengacau sehingga ayam empuk dan kuah agak pekat.
5. Tutup api, keluarkan ayam dan bakar seketika di atas kuali non-stick.
6. Kemudian masukkan ayam ke dalam pinggan dan curahkan kuah ke atasnya.
7. Hidangkan dan sedi untuk dimakan.


Mudahkan? Selamat mencuba!

Thursday, June 9, 2011

Akhirnya.......Dan Di mana Perikemanusiaan

Fuhh!!! Minggu yang agak memenatkan. Sampaikan aku rasa 24 jam sehari xcukup. Di samping melakukan kerja - kerja hakiki, ade jugak perkara sampingan yang perlu aku siapkan. Saapi tak sempat langsung aku nak update blogku ini. Akhirnya aku berjaya juga menyiapkannya sehingga ke saat2 akhir. ( Sapa suruh buat last minute hehehe....). Maka, aku pertontonkan bahan yang telah aku siapkan dengan penuh kegigihan..... ;p


Hehehe..... xde la hebat mana tp tu la yang menyebabkan aku rasa tersangatlan bz minggu ni. Dapur aku pun tak berasap minggu ni. Maaf le xdapat nak update sebarang entry masakan. Makan nasi bungkus je sekarang ni..... huhu... Anak aku pun tak sihat minggu ni. MHN2 kena campak. Kesian dia, abis ruam seluruh badan. Kesian plak nak hantar dia ke taska, aku pos dorang ke rumah atok dia. Terpaksa la aku ulang alik seperti dolu - dolu..... ^_^.

Cerita pasal anak ni, aku sangat sayu membaca kisah yang menghiasi dada akhbar minggu lepas tentang seorang bayi malang yang dicampak daripada tingkat tujuh sebuah bangunan di Sentul. Ya Allah, sungguh kejam dan tidak berperikemanusiaan orang yang melakukan perbuatan tu. Tidakkah ade sedikit perasaan kesian di hati dia. Sanggup mencampak bayi yang suci mulus dari bangunan. Paling sedih bila dikatakan kepala bayi tersebut hancur sampai nampak otak. Sangat2 memilukan........ Kenapa ade manusia yang terkutuk begitu di atas dunia ni? Ya Allah.....

Lepas tu, keesokan harinya pula ade kes buang bayi kat dalam tong sampah kat Rawang kalo xsilap aku. Tapi bernasib baik kerana dijumpai masih hidup. Takde ke tempat yang lebih elok kalau nak buang pun??? Kesian baby mesti kena gigit serangga atau dihurun lalat. Kenapa jadi macam ni? Yang lebih menyedihkan aku....... kedua2nya dipercayai berketurunan melayu...... Ketika ade orang yang bersedih kerana kehilangan anak tercinta seperti kakak kawan aku yang kehilangan anak kerana tersedak susu minggu lepas, ade pulak orang yang sewenang - wenangnya membunuh dan membuang anak..... Jika kita sudah melakukan satu kesilapan, jangan la melakukan kesalahan kedua..... Anak itu tidak berdosa, jangan korbankan dia kerana kesilapan kita. Kita tak tau rezeki yang dibawa oleh anak itu... Ya Allah... berilah kesedaran kepada mereka2 yang berniat melakukan perkara yang sama... Semoga insan2 kecil itu dilindungi seperti insan2 lain.....

Friday, May 27, 2011

Kek Velvet Ombak Beralun


Hari ni xmo cakap banyak. Nak tayang Kek Velvet Ombak Beralun yang aku buat malam tadi. Tergoda dengan kek ni pas tengok ramai blogger masak buat semalam. Petang semalam terus singgah pasaraya beli bahan2 tapi pas MHN2 tido baru aku bleh buat kek. MHN1 xde, dia dah ikut mak toknya balik kampung. Tapi kek aku ni dah bukan ombak dah, dah jadi Tsunami! Xpe, xpe, ni baru 1st attemp. Pas ni bila dah ade oven aku nak try buat kek alunan kasih yang tengah popular tu plak. Terima kasih kepada kawan2 yang memberi pujian kepada kek aku tadi. Terutama ibu mengandung yang makan berketul2 hehehe......jangan mare...........

Kalo nak cuba buat, bleh amik resepi ni yang aku amik kat MyR oleh Kak Fida tapi biasa la aku mesti edit2 skit resepi ikut ape yang ade kat dapurku dan buat dengan caraku sendiri....hehehe... I'm sorry..... ^_^


Bahan - bahan:

5 biji telur - sejuk drp peti ais
1 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
1 sk serbuk penaik
1 sb ovallete
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla
3/4 cawan susu cair
5 sb minyak masak
Pewarna merah, hijau dan kuning
Serbuk koko secukupnya

Cara - cara:

1. Pukul telur bersama gula dan ovallete hingga kembang.
2. Masukkan tepung, serbuk penaik, garam, esen vanilla dan susu cair sambil dipukul rata.
3. Masukkan minyak masak dan kaup balik.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dengan pewarna merah, hijau dan kuning.
5. Lenserkan loyang dengan mentega dan lapiskan dengan kertas minyak pada dasar loyang.
6. Masukkan satu adunan ke dalam loyang kemudian taburkan serbuk koko sehingga menutupi adunan. Lapiskan adunan kedua dengan berhati2 agar serbuk koko tidak naik ke atas. Sebaiknya menggunakan sudu. Lakukan proses melapis sehingga selesai.
7. Tutup loyang menggunakan aluminium foil yang telah disapu dengan mentega dibahagian dalam.
8. Kukus selama 45 minit.
9. Setelah masak, segera buka aluminium foil dan biarkan kek di dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan ke atas redai. Biarkan kek betul2 sejuk sebelum dipotong.

Wednesday, May 25, 2011

Char Kuey Teow .... Resepi Simple


Hmmm.... Hehe sebelum tu nak cite dulu......

Hampir 5 bulan aku tak balik kampung, cuti Hari Wesak hari tu aku ambik kesempatan pulang ke pangkal jalan kampung halamanku yang tercinta..... Lama xjumpa mak ayah aku... Almaklum la duduk di kejauhan ni (mcm dok oversea plak!!) suami plak keje tak menentu waktu, terpaksa la aku tangguh niat aku beberapa kali..... So di kesempatan yang ada tu aku pun balik kampung berjumpa ibubapaku termasuk kakak-kakakku, abang-abangku, pak cik-pak cik ku, mak cik-mak cikku, anak - anak sedaraku (berapa banyak daa........)

Tapi balik kampung kali ni dugaan betul bila naik kerete pinjam bapa mertuaku. Aku ni dah la mabuk perjalanan terutama naik bas. Kereta ok skit. Naik MPV bapak mentua aku ni, aku punya pening macam naik bas! Di tambah plak aku balik ikut Cameron Highland, lagi la pusing kepala aku. Siap uwekk! uwekkk! lagi. Masa balik pun sama. Tobat lepas ni taknak naik keta pinjam bapak mertua lagi balik kampung!!

Duduk kat kampung xde la lama sangat, 3 hari 2 malam je (mcm duk hotel plak!!). Masa yang singkat ni memang xsempat aku nak ke mana2.... Cuma melawat sedara-mara je... Selebihnya lepak je kat umah sembang2 dengan mak ayah. Selalunya banyak je program aku bila balik kampung tapi kali ni memang xde duit hati nak jalan2....... Aku sempat la beli keropok sikit2 utk bawak balik kat mertua dan kawan2. Masa aku pegi umah kakak aku, aku terpandang 2 bungkus kuey teow halus keluaran syarikat melayu tempatan. Aku pun tanya la kakak aku kat mana dia beli sebab kat sini susah nak jumpa. Katanya beli kat pasar tapi waktu tu dah malam, esoknya plak aku pun dah nak balik, jadi kedua2 bungkus kuey teow tu akhirnya bertukar tangan......kakak aku bagi kat aku hehehe.....

Aku plan nak buat Char Kuey Teow pas balik tapi hasrat aku tertangguh selama beberapa hari akibat kesibukan melampau la sangat. Tapi akhirnya, aku berjaya juga mencuri peluang untuk buat Char Kuey Teow yang sedap ni. Ape yang membuktikan kuey tiaw aku ni sedap adalah kerana aku tengok My Hubby makan sampai licin. Mesti sedap. Sebab dia jarang habiskan makanan kalo tak sedap (walaupun dia xcakap xsedap tapi kalo nampak muka dia semacam je makan pastu terus tinggal, maknanya xsedap la tu...). So kalo sesapa nak buat bleh la try. Resepinya adalah hasil pemerhatian aku terhadap cara masakan sorang mamat penjual kuey teow yang sedap kat Kerinchi sewaktu aku belajar dulu. Aku selalu beli dan perhatikan dia masak. Dan aku apply kat sini. Bahannya sama cuma kicapnya aku xtau dia guna kicap ape, jadi aku buat sendiri cuma refer skit2 kat resepi yang aku google kat internet.


Bahan - bahan (untuk 1 pinggan)

Kuey teow halus ( satu genggam)
3 ekor udang sederhana (direbus sebentar)
10 ekor kerang (kalo xsuka xperlu tambah)
*10 batang cili kering (kisar)
*2 ulas bawang putih (kisar)
*3 ulas bawang merah (kisar)
sedikit taugeh
sedikit kucai
sebiji telur
sedikit minyak masak

untuk kicap:

3 cawan air rebusan udang
3 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
garam, gula dan perisa secukupnya.

Cara - cara:

Masukkan minyak ke dalam kuali, masukkan udang dan kacau sebentar.
Kemudian, masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan kerang dan segenggam kuey teow,kacau sebati.
Sendukkan 2 senduk kicap, masukkan ke dalam kuali dan kacau.
masukkan telur, taugeh dan kucai, kacau sekejap dan terus diangkat.
Makan sewaktu panas bersama cili jeruk. Pasti terangkat!!

Monday, May 23, 2011

'Saya tarik tangan adik'...................

Tetiba aku rasa sedih bila baca akhbar hari ni. Pagi tadi masa on the way datang keje, aku dengar radio ERA dorang buat segmen pasal kejadian tanah runtuh yang berlaku kat Hulu Langat. Aku dengar macam biasa je tapi Pak Nil begitu sebak sebab mungkin dia melihat sendiri bagaimana keadaan mangsa dan keluarga mangsa kat hospital. Aku cuma dengar kat radio, baca kat paper dan tengok TV saje.... Mungkin tak sesedih mereka yang melihat sendiri kejadian tu. Mungkin juga xde sedara mara aku yang terlibat. Jadi berita tu mungkin tak memberi kesan yang mendalam terhadap aku.

Tapi bila aku baca paper hari ni, bila seorang kanak-kanak bercerita detik cemas kejadian yang mengorbankan adiknya sendiri dihadapan matanya membuatkan hati aku berasa sayu. Aku membayangkan jika aku berada ditempatnya atau dia adalah anak aku, tentu akan menjadi satu trauma dalam hidup aku. Terus aku berasa sedih dan simpati dengan nasib yang diterima kanak-kanak malang itu...... Sob! Sob!

Dia cerita bagaimana dia menarik tangan adiknya untuk lari daripada runtuhan tanah tetapi kaki adiknya tersangkut pada tiang khemah lalu jatuh dan ditimpa runtuhan tanah dan batu menyebabkan adiknya tertimbus sungguh menyayat hati....... Dia cuba untuk menggali tanah untuk mencari adiknya tetapi dihalang oleh orang ramai. Boleh bayangkan tak bagaimana perasan dia ketika itu?? Bagaimana kalau kita yang berada ditempat dia??? Hanya mampu melihat tetapi dia dapat berbuat apa2.......Sungguh sadis........ Peristiwa ni pasti akan menjadi satu titik hitam dalam hidup dia yang akan diingat sampai bila2......


Al-Fatihah kepada 16 orang mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat...... Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..... Takziah buat keluarga mangsa. :::(

Saturday, May 21, 2011

Berhemah mendidik anak

Anak ibarat kain putih... Kita yang mencorakkannya...

Selepas aku membaca satu artikel kat akhbar Kosmo! semalam terpanggil untuk aku berkongsi sedikit sebanyak ilmu dalam membentuk keperibadian anak - anak kita. Kadang- kadang kita merasa bahawa kita telah mendidik anak kita dengan baik tetapi dalam mendidik anak, kita perlu sentiasa mencari ilmu bagaimana untuk kita terus memberi didikan yang terbaik untuk anak kita. Ilmu yang kita ada perlu sentiasa diperbaharui kerana arus zaman yang semakin moden, mungkin cara didikan mak kita terhadap kita dulu kurang praktikal jika dilakukan terhadap anak kita yang zamannya sangat berbeza dengan zaman kita. Environment sudah berbeza, teknologi semakin canggih, anak-anak kita pun semakin pintar, maklum la semasa dalam kandungan lagi kita dah berikan yang terbaik untuk anak kita, contohnya melalui pemakanan yang baik di tambah dengan vitamin dan pelbagai supplements yang ada di pasaran.

Berbalik kepada artikel tadi, dimulai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi." Menurut seorang ustaz sewaktu aku menghadiri satu kursus, katanya fitrah itu bermaksud anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan beriman. Selepas itu adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menjadikan anak mereka terus beriman atau sebaliknya. Betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa......

Dalam mendidik anak, 3 perkara perlu dilakukan iaitu pertama, komunikasi unggul, kedua, teladan yang baik dan yang ketiga, utamakan solat dan berdoa. Ramai menganggap disiplin anak dibentuk melalui kekerasan tetapi sebenarnya, komunikasi unggul antara anak dan ibu bapa membentuk peribadi mulai anak-anak. Kita perlu sentiasa berdamping dengan mereka, bercakap dan mengambil berat terhadap kehendak mereka, jangan sampai mereka tersisih. Mereka kadang-kadang degil sebagai tanda protes dan memberontak supaya diberi perhatian. Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan sentang sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi tetapi jangan menggunakan kata- kata keast dan keras kerana jiwa mereka lembut dan mudah mengingati sesuatu yang melukakan hati mereka. Jangan biasakan memukul anak hanya kerana kesalahan kecil. Pukulan adalah langkah terakhir selepas ditegur berulang kali.

Kita adalah seperti cermin anak kita sebenarnya. Apa yang kita buat menjadi ikutan mereka. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anak berjalan betul sedangkan kita sendiri gagal berjalan betul. Kita perlu bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baikagar anak-anak boleh meneladaninya. Ajar anak-anak bersolat seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata untuk pembentukan akhlak dan disiplin yang baik. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan menjadi satu bebanan. Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara yang tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji. Insya-Allah!

Ingatlah......

Jika anak hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.
Jika anak hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.
Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.
Jika anak hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.
Jika anak hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri.
Jika anak hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.
Jika anak hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.
Jika anak hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

Wallahua'lam.

Friday, May 20, 2011

Puding Tembikai............Anak Bertuah


Jeng! Jeng! Jeng! Amacam...Ade rupa tembikai tak puding aku? Walaupun namanya Puding Tembikai tapi takde unsur2 buah tembikai dalam resepinya ye...... Harap tak terkeliru. Namanya je puding tembikai sebab color dia ala2 buah tembikai gitu....... Tapi mesti ade yang tertanya2, apebenda alah biji hitam tu?? Actually begini ceritanya.........

Petang semalam dengan lauk bungkus aku pulang ke rumah selepas menjemput anak2 dari taska. Sambil berfoya - foya menonton Disney Channel dengan MHN1, alkisah dalam cite Pororo tu ade adegan makan2 kuih plak beramai2...... MHN1 pun pandang aku sambil kata "Ibu, nak kuih... wat!" (suruh aku buat). Ala.... ingat hari ni malas nak masak sebab dah ade lauk tapau. Mintak kuih la pleekkk budak ni. Disebabkan aku ni ibu mithali....... maka berputar2 minda aku memikirkan kuih ape nak buat???? Aku pun godek2 kat dapur tengok ape yang ade, kebetulan plak aku ade beli agar-agar beberapa bulan lepas, dan kebetulan juga aku ade jengok dapur cendana kasih tengahari semalam, maka aku pun cuba ingat balik resepi puding tembikai yang memikat hati aku. Dengan ingatan yang kabur, menggunakan ape saje bahan yang ade kat dapur aku, maka aku pun pung! pang! pung! pang! merealisasikan kemahuan MHN1......

Since aku xde stok roti putih, aku belasah je roti kismis tapi kismisnya aku simpan nak buat biji tembikai. Dan siap semua, puding pun dan sejuk, baru aku perasan tembikai yang aku buat xde biji....... Alahai lupa nak tabur biji. Abih, camno???? Aku nak jugak tembikai tu ade biji. Maka aku pun tabur je la kat luar, nak sedapkan hati aku yang remuk.... Ok la tu kan..... at least ade biji...... hehe.......
Alkisah pulak pagi tadi aku dah siapkan dua bekas puding ni untuk MHN1 bawak ke taska satu, untuk aku bawak ke ofis satu tapi sampai taska MHN1 nak dua2 bekas puding tu. Puas aku pujuk, dia xnak kasi. Dia kata, tu dia punya. Memang niat aku buat untuk dia tapi nak la jugak bagi kawan2 rasa kan.. Bertuah tul anak aku ni. Nampaknya bukan rezeki kawan2 aku le hari ni....... I'm sorry!!!

Di sini, aku nak turunkan resepi puding tembikai hasil perahan otak aku selepas mendapat idea drp cendana kasih.

Bahan-bahan:

Sepaket agar-agar tali 35gm
7 cawan air (1500ml)
1 setengah cawan gula
1 setengah cawan susu pekat manis
2 keping roti
1 sk esen vanila
segenggam kismis
pewarna merah dan hijau

Cara-cara:

Masak agar-agar bersama air sehingga larut.
Masukkan gula dan susu, kacau sebati.
Masukkan esen vanila dan kacau.
Ambil 2 senduk adunan, campurkan dengan roti yang telah dikoyakkan dan blend hingga hancur.
Masukkan semula adunan tersebut kedalan adunan asal dan kacau sebati.
Ambil sedikit adunan, campurkan dengan warna hijau untuk membuat kulit tembikai dan tuangkan ke dalam loyang.
Tunggu sebentar supaya lapisan agak sejuk dan masukkan sedikit adunan untuk membuat lapisan putih.
Adunan yang selebihnya dicampur dengan pewarna merah dan masukkan ke atas lapisan putih yang dah sejuk tadi.
Akhir sekali, taburkan kismis untuk membuat biji tembikai.
Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba!

Thursday, May 19, 2011

Cabaran ibu berkerja memasak

Salam Khamis kepada semua. Beberapa hari aku menjadi pelawat setia blog aku tanpa mengepos sebarang entry... Setiap hari bukak blog tapi xdapat nak update. Kat ofis tak sempat, kat umah lagi la tak berpeluang. Asal aku bukak laptop je, My Hero No1 terus datang nak tengok Mickey Mouse Clubhouse kat Youtube. Abih, camno???

Hajat dihati dah lama nak update gambar lauk-pauk aku. Tapi tak kesampaian.... Dah la nak masak tu bukan calang-calang hari yang boleh (eh betul ke ayat aku ni??). Ni lah cabaran aku sebagai seorang ibu yang berkerja... Kalo boleh hari - hari aku nak masak tapi bila memikirkan soal anak aku yang sangat rajin membantu, terus membantutkan niat aku. Kadang2 aku gagahkan memasak tetapi My Hero No2 yang tak bersalah akan jadi mangsa abangnya. Haii....sapa yang boleh bagi aku petua bagaimana nak mengelakkan si abang memukul si adik? Kesian dah aku tengok MHN2 tu, dah calar balar dicakar oleh MHN1. Sabar je la.....

Kekangan masa pun menyumbang gak ke arah kemalasan dan kesukaran memasak. Ye la sampai umah dah dekat pukul 6 petang, mana nak siapkan anak2 lagi, nak kemas umah lagi, nak kemas diri lagi.... Nanti kang suami komplain plak bila balik umah tengok isteri comot je... Macam Ustazah Siti Nor Bahyah cakap, kena hias diri cantik2 untuk sambut suami pulang keje... Pakai wangi-wangian, dengan senyuman manis..... (Tapi aku selalunya tak sempat nak buat macam tu....hehehe.... I'm sorry.... :P)

Dua tiga hari ni aku singgah kedai je beli lauk siap hehe..... Lauk mentah yang aku beli, kadang2 jadi batu belah kat dalam peti ais tu, boleh pandang2 je tak sempat nak pegang2. Nampaknya tak dapat la aku nak challenge blogger2 masak ni.... Takpe2.... tunggu la umah baru aku siap, dapur cantik, dengan microwave oven yang besar (berangan...), mesti aku lebih bersemangat nak masak masakan yang sedap2 macam western food ke, chinese food ke, timur tengah ke, jawa tengah ke (erk....ade ke????). Hehehe....

Ni aku nak persembahkan lauk dinner aku yang backdated beberapa hari..... Cuba perhatikan pinggan yang aku guna tu.... Corelle uuu...... (Huh! macam orang lain xde....). Nak bagitau, aku 1st time beli corelle, sebelum ni duk pakai pinggan hadiah kawin je.... Bukan mahal pun corelle tu... Rm44 je.............................................................................. sebulan (x10 bulan huhuhu).

Asparagus with Oyster Sauce


Roasted Rosemary Chicken

Wednesday, May 11, 2011

Bila anak berimaginasi...

Dalam tempoh membesarkan anak-anak, bermacam ragam mereka yang kita dapat lihat. Setiap hari ade saje perkara baru yang mereka akan buat dan terokai. Kita akan merasai semakin hari mereka semakin bijak dalam membuat sesuatu perkara. Tak kurang juga dengan imaginasi mereka yang bermacam-macam yang kadang- kadang membuatkan kita tersenyum sendiri bila melihatnya....

Begitu juga dengan anak aku yang suka berimaginasi. Hmm... walaupun banyak perkara yang mereka buat menaikkan kemarahan kita, ade perkara yang membuatkan kita tersenyum and wonder what they are doing. Kids yang berusia 2 tahun lebih macam anak aku ni memang cepat menyerap ape saja yang kita ajar even ape yang kita lakukan pun cepat je mereka tiru. Jika baik yang kita ajar atau tunjukkan kepada mereka, maka baik la yang mereka akan buat dan sebaliknya. That's why aku sangat tak suka jika sesiapa menyebut perkataan yang bukan - bukan dihadapan mereka, pasti mereka akan ingat. Mungkin mereka takkan sebutkan pada waktu tu, tapi mungkin esoknya mereka akan cakap benda yang sama macam mereka dengar semalam.

Pengaruh TV pun banyak memainkan peranan dalam pembentukan anak - anak. Tengok saja lah anak aku, semua tajuk cerita Indon dia bleh ingat. Malah pelawak - pelawak dalam rancangan Raja Lawak atau Maharaja Lawak pun dia kenal. Ape maksudnya tu????? ;p

Kat sini aku nak kongsikan gambar anak aku MH1 dengan imaginasinya....... Agak2 ape la yang ade di fikirannya??



Membina menara menggunakan minuman kultur Vitagen kegemarannya.....



Membuat keretapi menggunakan selipar... Ade kenduri kat rumah jiran, jadi ramai tetamu kat rumah masa tu. Bila jenguk kat luar, semua selipar dan disusun macam tu... Hai ni mesti pengaruh cartoon Chugginton yang dia selalu tengok tu...

So moral of the story, bentukkan lah minda anak-anak kita dengan perkara yang baik dan biarlah mereka berimaginasi serta meneroka dunia kerana semasa usia mereka 1 hingga 6 tahun, sel otak anak sedang aktif berhubung. Semakin banyak sel otak mereka berhubung semakin cepat pembelajaran dan kebijaksanaan mereka. Jangan sekat perhubungan sel otak mereka dengan mengatakan TIDAK terhadap perkara- perkara yang sepatutnya mereka bebas melakukan.....

Monday, May 9, 2011

Apam Dot Dot


Berat sungguh mata aku pagi ni. Sambil dengar taklimat OBE tadi, mata aku makin lama makin layu. Tapi tu perkara biasa bagi aku. Asal dengar taklimat ke lecture ke presentation ke even ceramah pun mata aku mesti berat (Banyak setan bergayut kot hehehe...).

Hari ini jadual aku padat, sementara ade masa sikit ni, aku nak tayang gambar apam dot dot yang aku buat malam tadi untuk bekal anak aku ke taska hari ni. Masa buat semalam pun My Hero No1 tu dah makan dua tiga bijik. Tapi aku cakap kat dia, xbleh makan banyak2, esok nanti dah xbleh bawak bekal pegi taska. Nasib baik dia paham :). Aku bekalkan banyak sket untuk dia makan dengan kawan2 dia.

Masa tengah buat apam ni malam tadi, tiba2 gas abis. Adunan banyak lagi, kedai pun dah tutup dekat pukul 12 malam ni. Nasib baik aku cepat bertindak menggunakan akalku yang ligat ni, terus aku transfer apam aku ni ke periuk nasi elektrik. Sib baik muat plak acuan apam aku ni dengan periuk nasiku yang kecik tu. Dapat la aku sambung mengapam balik. So jadilah apam dot dot aku yang menggiurkan ni hehehehe.....


Oppss.... dah pukul 11 pagi. Time to go. Adioss!!

Sunday, May 8, 2011

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011


Hari ni tak masak, so join segmen je la hehehe...... Ben ni macam glemer kat dunia blog. Sana sini ade link Ben ni. Bila aku blogwalking ke blog masak pun ade link Ben ni. Sementelaah lagi blog CMG yang sememangnya kawan Ben ni (Aku rasa ler....hehe....). Satu lagi bila aku jenguk blog Ben ni, sehari dia tulis berlambak2 entry. (banyaknye masa dia......)

Jom la join sama2.... Klik je banner kat atas.

Thursday, May 5, 2011

~I LIGHT U~


Blogwalking pagi sangat mengasyikkan tambah2 bila aku terserempak dengan Giveaway yang menarik hati aku ni. Aku kata menarik sebab pertama, banner dia yang begitu simple, jelas, terang dan berwarna - warni (hehe... i like!!). Kedua, hadiahnya yang sangat mengujakan (very like!! huhu). Dan ketiga, syaratnya yang sangat simple, xberat sangat untuk aku perah otak. So aku pun try lah. Tak berharap untuk menang, sekadar memeriahkan suasana di samping menambah kenalan. Tak gitu???

Since hadiahnya berupa lampu
IKEA yang menjadi idaman ramai, entry aku pun ade elemen pelampuan atau pencahayaan jugak la. Digabungkan plak dengan tema blog aku yang menjurus ke arah arena masak memasak ni, jadi beginilah ceritanya....

Coba tengok gambar
"Masak Lomak Cili Api Siput Sedut Dengan Paku Pakis Yang Sedap Lagi Lazat Kegemaran Ramai" (Amboi panjangnya nama masakan nih!!! ;p). Ape yang anda rasa kurang dengan gambar ni?


Ape???? Kurang sedapp???? Amboiii..... Kurang h*j*u nampak........ hehehe.... Jangan le camtu.... Lom rasa lom tau, tau!! Ape plak beza dengan gambar di bawah ni plak?


Setelah meneliti kedua2 gambar tersebut, ape yang dapat anda simpulkan??
Yes.....Yes..... Ade yang menjawab dengan betul, syabas!!! (aku rasa ler...... hehe).

Jawapannya adalah:
  1. Gambar yang pertama, yang kurang adalah tiada Lagra Floor Spotlight With/Without Stand.
  2. Gambar kedua, ade pencahayaan yang bagus tapi masih memerlukan cahaya sokongan daripada Lagra Floor Spotlight With/Without Stand. Hehehehe..... Boleh tak jawapan macam tu????
Dengan ini, aku dengan segala hormatnya menjemput Mummy_Ayu untuk turut sama menyertai Giveaway yang mengujakan ini, di persilakan.

Dibuka juga kepada sesiapa yang rasa nak menyaingi aku untuk turut sama bertandang ke blog saudara eqbalzack secepat mungkin sebelum
13 Mei 2011.

*untuk pengetahuan, gambar ini tiada unsur2 editing dengan mana2 software (cuma tambah watermark je). Gambar ini original from my camera cabuk. Cuma gambar pertama tu, flash xkuar hehehe....

Sekian, wassalam.

Friday, April 29, 2011

Pasta Goreng

Petang ni resepi aku ringkas saja, guna ape je yang ade dalam magic fright aku tu... Pasta goreng ni aku letak Shitake mushroom sebab xde button mushroom hehe. Xkisah la yang penting ade mushroom hehehe... Aku sebenarnya buat pagi tadi untuk potluck kat ofis tapi aku simpan skit utk makan petang. ( Aci x macam ni huhuhu...).


Makan sambil nonton royal wedding kat NTV7. Memang meriah sangat. Very big crowds depan Istana Buckingham tengah tunggu pengantin diraja muncul. Rakyat Britain begitu teruja dengan wedding ni. Nampak keriangan di wajah mereka sambil mengibar2kan bendera negara mereka. Aku nampak bendera Malaysia pun megah berkibar di depan Buckingham Palace tu. Aku nak sambung tengok royal wedding ni, seronok tengok ramai orang berpusu2 menuju ke arah istana. Tapi xde plak nampak dorang berebut2 mcm kat cni????



Royal Wedding...

Hari ni dunia bakal menyaksikan satu peristiwa bersejarah dalam keluarga diraja Britain iaitu Royal Wedding: Prince William Arthur Philip Louis dengan pasangannya Catherine Elizabeth Middleton yang sememangnya mendapat liputan meluas daripada segenap pelusuk dunia. Even bila aku jelajah blog2 masak pun hari ni ramai yang buat entry pasal prince william ni. Betapa famousnya dia ni.....


Mula2 aku ingat aku sorang je yang pernah berangan nak jadi girlfriend dia hehehe..., rupa2nya ramai yang berangan macam aku... Dulu aku siap beli buku pasal Prince william ni. Pastu beli poster besar, tampal kat bilik. Pastu berangan nak sambung belajar kat UK sebab nak jumpa prince william. Mane tau kot2 dia berkenan kat aku.... Tapi angan2 hanya tinggal angan2 belaka... Maafkan aku sebab xdapat nak tunggu dia, jodohku tiba awal hehehe.....


Dulu dia sangat hensem masa tahun 1999, ketika aku masih dibangku skolah. Gambar ni yang aku tampal kat bilik dulu tapi full version la, dia tengah berdiri kat air terjun pakai baju kotak2 biru....Memang hensem!


ehsan: google

Sekejap lagi dia akan menjadi milik Kate..... Selamat Berbahagia William..... Semoga kau senantiasa berjaya dalam hidup dan meneruskan pemerintahan beraja di Britain dengan penuh adil saksama.... (aku tau, william bukannya baca pon blog aku huhuhuhu......) Tapi aku sedih ni... sob! sob!sob!
ehsan:google

Wednesday, April 27, 2011

Resepi melantun di alam maya....

Tengah bz nih! Tp nak gak buat entry pendek ari nih. Alkisahnya berkenaan dengan beberapa resepi yang begitu femes di kalangan blogger masak2. Aku sebenarnya nak juga mencuba macam dorang cuma blom berkesempatan. Gerammm je tengok! Bila aku jelajah dari blog ke blog, resepi sesetengah masakan seakan2 melantun dari blog ke blog. pagi ni aku tgk resepi tu kat blog si polan, tengahari dah ade kat blog si pulan plak. Petangnya dah melompat ke blog si pulun. Esok plak dah ade kat blog si kuntum (aik! lain plak bunyinya). Macam penyakit berjangkit pun ade.....hehehe.....


Kesimpulannya di sini, betapa cepatnya resepi tu tersebar dan betapa rajinnya blogger memasak :). Bila aku telek, resepinya memang sama (dorang pun dah link kan dengan blog yang dorg amik resepi tu....) tapi yang aku salute blogger masak ni, dorang memang kreatif mempelbagaikan rupabentuk masakan/kuih muih yang dorg buat. Warna pun dorang tukar2 jadi lebih menarik dan nampak sedap. Canggih la dorang ni. Memang aku tercabar..!! Tunggu la saat dan ketikanya.... akan aku cuba resepi2 menarik blogger2 masak ni. Tahniah untuk dorang!!

Contohnya kuih Talam Sagu yang lazat ni....

Credit: http://seripayaku.blogspot.com

Nampak sedapkan? Ni dari dapur kak rose. Resepi yang original kat dapur ini, diikuti oleh dapur ini, rupanya yang menarik kat dapur ini, ini dan banyak lagi....

Thursday, April 21, 2011

Masakan yang mencabar...Hantu Kak Limah

Alhamdulillah hari ni dapat bersiaran awal sebelum diriku menjadi sibuk sikit masa lagi. Musim masak - memasak aku kembali lagi (tanpa niat) hehehe.... Al kisahnya macam ni, malam semalam My Hubby keluar belikan makan malam sebab ruang sejuk beku peti aisku kosong. Aku pesan belikan Nasi Goreng Paprik. Sebab My Hero No2 aku tido, malas nak kejutkan dia keluar pegi makan. So, My Hubby kuar dengan My Hero No1 je. Aku kat umah, buat la ape yang patut sementara menunggu makanan tiba. Tunggu punya tunggu, lama tol dorang kuar, pegi beli nasik ke masak nasik??? Perut dah menyanyi lagu Negaraku dah... I wonder where they are going... Aku pun call la, rupanya pegi pasaraya patut le lama bebenor.....

Tak lama lepas tu dorang balik bawak makanan tapi lain yang dipesan lain yang dibeli sebab dorang beli kat pasar malam je... Part yang paling best bila Hubby cakap: "Tu saya beli siput sedut, esok masak la". Aku pun jawab:" Alamak...kenapa beli siput.....leceh la nak masak....nak kena ketuk bontot dia lagi....malas tol la....". Tapi aku jawab dalam hati je....hehehe..... Isteri mithali.. kena la ikut cakap suami...

So petang semalam aku pun terkocoh2 la balik umah pas keje. Sebelum tu singgah kedai dulu beli santan, cili padi dan serai. Sampai umah, bermula la keje mencabar memasak siput sedut. Part yang mencabar bukan nak masak siput tetapi nak berperang dengan My HN1 yang nak 'menolong' sama dan My HN2 yang nak dikendong je. Fuihh!! Mencabar sungguh! Tak tenteram jiwa aku masak siput sedut tu. Akhirnya dengan segala penat lelah dan kesabaran serta kasih sayang, maka siap la Masak Lemak Siput Sedut aku (yang sedap hehehe) sebelum My Hubby pulang...


My Hubby memang suka siput masak lemak, sekarang dan berjangkit kat My HN1. Dia pun dah mula suka makan siput. Penat aku menyedut kat dia. Tapi berbaloi la penat lelah aku... memang dorang suka makan. Hidangan makan malam aku ditambah dengan beberapa lauk tambahan masakan makcik kantin yang sedap dan ulam kacang botol kegemaran aku sorang...


Pas dinner, menonton cite Hantu Kak Limah. Aku dah tengok. My Hubby je dia tak puas hati nape orang suka sangat cite ni sampai jadi fenomena. Dia baru nak tengok. Ulasannya, biasa je cite ni....ape yang lawak??? Tah, no komen....

Wednesday, April 20, 2011

Hidangan minum petang

Lambat skit aku bersiaran hari ni sebab masa yang begitu suntuk di tambah dengan beberapa perkara yang perlu aku bereskan. Lama dah aku tak buat entry pasal masak memasak ni. Tak sempat tol. Niat tu memang ade tp asyik tertangguh. Lagipun aku dah jarang masak sejak dah beranak 2 ni hehehe... Hari ni malas nak celoteh banyak, aku cuma nak tayang hidangan minum petang aku untuk dua hari berturut2. Dah tak sempat nak mengapam, just buat hidangan simple2 sekadar mengenyangkan perut je....

Hidangan petang isnin yang damai adalah Roti Goreng yang rangup (kalo makan panas2 la...)



dan hidangan petang selasa yang dingin adalah Pancake Dengan Madu.....


Monday, April 18, 2011

Wish come true

Salam Isnin untuk semua...

Amacam pagi ni ceria ke tak? Biasanya orang mengaitkan hari isnin dengan mood yang tak berapa seronok sebab hari first keje dalam seminggu. Hari Jumaat semua orang seronok sebab esoknya cuti. Tapi bagi sesiapa yang keje kat Perak hari ni mesti seronok sebab esok cuti. Horreyy!!! Tah2 hari ni pun dah ade yang cuti hehehe..... Aku seperti biasa, kena koje..... cuti beku sebab minggu peperiksaan pelajar...

Berbalik kepada tajuk entry aku, jumaat lepas dalam entry aku ade cakap teringin nak makan durian. Tup tup petang tu my Hubby pulang dari kerja dengan membawa 4 biji durian. Wahh besar buahnya. Macam tau2 je aku teringin nak makan durian hari tu. Ting!! Aku terus teringat yang aku ade tulis entry pasal ni tapi tak mungkin my Hubby bukak blog aku apatah lagi nak baca.... Aku pun tanya le.. "Abang beli durian ke?" Jawapannya: " Tak la, staff abang kasi..." Cehh... Dah agak dah. Mustahil dia nak beli kalo aku tak pesan hehe... Nampaknya staff dia yang ade instinct yang isteri boss dia teringin nak makan durian hehehe.... (macam org preg plak hahaha)

Kawan-kawan, pernah tak impian korang menjadi kenyataan? Aku pernah mempunyai impian. Impian yang sangat tinggi. Selepas ramai orang kritik aku, aku sedih maka aku pasang impian. Tetapi malangnya, selepas impian aku tercapai, ramai juga orang kritik. Aku tertanya-tanya, ape sebenarnya yang dorang nak???? Itu salah, ini pun salah, so ape sebenarnya yang betul?? Selepas aku fikir maka aku buat keputusan sendiri..... Sampai bila2 pun aku xkan dapat memuaskan hati semua orang, yang penting aku puas hati dengan diri aku sendiri, suami aku puas hati, keluarga aku puas hati cukup. Aku buat apa yang aku rasa betul.

Ingat lagi tak dengan Kisah Bapa, Anak dan Keldai? Aku rasa semua orang dah tau akan kisah tu. Cuma aku nak bagitau, moral of the story :

Kita tak dapat memuaskan hati semua orang dalam satu masa
Yakin dengan apa yang kita lakukan, bukan ikut kata orang
Kebanyakan orang disekeliling hanya suka mencari kesalahan orang

So, abaikan mereka ini kerana ini semua adalah penghalang kepada kejayaan kita....
Sapa setuju, macam biasa angkat tangan macam sayeee......

Friday, April 15, 2011

Oh Kome Doghyan Dah Berbunge.....

Sapa suka makan doghyan angkat tangan macam sayeee....



Sekarang ni masih lagi musim durian kat Perak (negeri lain aku xpasti sbb aku duk kat Perak hehe...). Kat tepi jalan, toksah cakap memang berlambak durian. Yang dah masuk perut aku pun toksah cakap la....memang aku hantu durian. Dulu masa aku tengah preggy, orang cakap jangan makan banyak sangat, nanti anak panas tapi aku xbleh tahan nafsu makan aku. Mula2 amik skit pastu amik lagi dan lagi dan lagi....:p. Sekarang ni plak aku sedang menyusu anak aku secara ekslusif, ramai pesan kat aku jangan makan banyak sangat takut effect pada anak aku. Jadi aku pun berhati2 jugak la makan. Dalam berhati2 pun terbabas jugak la..... Mana nak tahan kalo dilambakkan durian kat depan mata berpuluh2 biji masa pesta durian kat ofis. Aku makan tak hengat... Sekarang ni, bila tengah drive on the way balik umah, aku jeling je durian yang berlambak kat tepi jalan. Rasa macam nak berhentiii je hehehe....

My hubby pun sama gak. Boleh kata hantu durian jugak la. Mana taknya, weekend lepas kitorang pegi Port Dickson, bleh plak dia beli durian kat sana. Padahal kat Perak ni durian berlambak2. Dah la mahal plak tu. sebiji RM9. Kat Perak RM10 je selonggok. Pastu siap bawak masuk hotel lagi. Bila bukak nak makan, hampeh tak sedap. Beberapa ulas je makan, yang lain buang je. Rugi je beli...

Tapi walaupun mak bapak hantu durian, anak plak yang anti durian. Kalo kitorang makan dia tengok je. Kalo kitorang calit sket kat mulut dia, termuntah pastu jerit2 mintak air. Lari lintang pukang macam lari kat hantu. Memang pun.... Lari daripada hantu durian hehehehe..... Pernah sekali mak mentua buat cekodok durian. Anak aku memang suka makan cekodok pisang, bila dia bangun tido mak mentua offer cekodok kat dia. Terus dia ambik masuk mulut. Dia kunyah2 pastu muka dia berubah. Tak semena2 dia terus luah balik dengan muka macam geli geleman hehe... Ingatkan bleh tipu dia rupanya dia dapat rasa gak.... Ahaks...!!

Hai... rasa macam nak makan durian la plak ari ni......