Monday, November 30, 2009

♥ Baby With Car Contest

Tahniah kepada Mr and Mrs Faez di atas penganjuran contest yang sangat saya sukai sebab memang saya suka sangat capture photo gelagat my lil' son dengan kereta. Dia memang suka sangat bila bawak dia naik kereta. Mesti dia akan nak duduk tempat pemandu dan berlagak macam dia tengah bawak kereta. Susah tol nak amik dia balik bila dia dah pegang stering. Oleh sebab itu, saya dengan sukacitanya menyertai Baby With Car Contest oleh Mr and Mrs Faez bersempena AGM kelab kereta mereka PROSBOC [Proton BLM Owner's Club].

Marilah kita saksikan gelagat Faris dengan kereta - kereta di bawah. Since saya dah banyak sangat amik gambar dia dalam kereta, sekarang saya tontonkan gambar - gambar dia kat luar kereta plak......


Dirakam sewaktu 'pomen bertauliah' tengah membuat inspection terhadap tayar kereta ibunya yang baru ditukar. "Macam tak ketat je skru nih!!??"


Memeriksa tekanan tayar. "Ish macam takde angin plak tayar ni...!!!"

Ni plak 'model sambilan' Perodua bagi model terbaru mereka 'Perodua ALZA'


Model menunjukkan lampu Perodua ALZA kepada pengunjung. "Cantik tak??"


Nama Si Kecik di atas: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Umur: 1 Tahun 3 bulan
Jenama Kereta: Proton Savvy (grey) and Perodua ALZA (purple)


Faris dengan ini secara rasmi menyertai contest ini untuk Kategori 1..:Baby Boy With Car:..

Berminat menyertai contest ni seperti Faris? Klik di sini untuk keterangan lanjut berkaitan contest dan syarat - syarat penyertaan. Jangan tunggu lagi, tarikh tutup semakin hampir iaitu pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.

Saturday, November 28, 2009

Trip to Kolam Ikan Keli n Roti Arab

Harap masih blom terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...... Mak aku buat kenduri Akikah buat anak sedara aku yang baru lahir bulan lepas, tapi aku xdapat balik bersama2 meraikannya.... Aku beraya di Perak umah MIL je...... Aku xdapat merasai kemeriahan Hari Raya di sini, mungkin sebab xde kenduri korban dan lepak kat umah je tanpa aktiviti beraya...... Aku pakai baju baru tp aku tengok orang lain pakai baju biasa, rasa mcm x raya.... Setahu aku, memakai baju baru pada Hari Raya adalah sunat. Aku pakaikan juga anak aku dengan baju baru. My MIL tanya nak ke mana? Aku jawab, xde ke mana2 pun....... Aku just nak feel Hari Raya......

Petangnya, My Hubby nak pergi tengok kolam ternakan ikan keli bapa saudaranya since aku xde apa2 aktiviti nak buat, so aku pun ikut sekali la. Nak jugak tengok ikan keli yang besar seperti diberitahu bapa saudaranya. Tapi xkesampaian sebab airnya keroh, xnampak. Tapi my lil' son teruja tengok ikan yang berkerumun berebut makanan bila ditabur. Jom tengok foto2 kami during the trip...!!

Dan kat bawah tu plak our breakfast pagi tadi. Roti Arab resepi Kak Hanieliza sifuku...... Hehe.... Jom layanzzz.....




Kusyuk mendengar penerangan daripada Pak Ngah tentang ikan - ikan yang diternaknya.....

Faris with abah....

Faris with ibu....


Roti Arab dengan Sambal Sardin lah...... Ana punya breakfast lah........


Masyallah..... Banyak shedap lah...!!!!

Shambal Shardin lah..!!!

Wednesday, November 25, 2009

Facebook oh Facebook......


Sekarang ni ramai sungguh orang memperkatakan tentang Facebook. Sana - sini orang bercakap pasal Facebook. Aku xde statistik, tetapi mungkin boleh dianggarkan sebilangan besar rakyat Malaysia yang celik IT mendaftar dengan Facebook. Bila jumpa kawan je, "eh, ko ade Facebook? Add la aku", "Aku dah masukkan gambar baru aku kat Facebook" dan macam2 lagi.... Tak kurang juga artis2 yang membuat pengakuan melalui facebook. Kat radio pun DJ2 selalu mempelawa pendengar untuk menyertai mereka di Facebook. Macam meriah je Facebook. Dan antara orang yang sedang menggilai facebook sekarang ialah orang yang paling dekat sangat dengan aku, sapa lagi kalo bukan my dear Hubby...... Tah mcm mana tetiba je skarang dia dok sibuk ber'facebook'. Habis diselongkar gambar2 lama zaman sekolah nak ditempek di Facebooknya. Ape yang bestnya Facebook pun aku xtau. Maklum la aku xberminat nak join Facebook bila diberitahu ia milik Y****I. Tapi aku tak tau sejauh mana kebenarannya...... Tapi since aku tengok my hubby begitu asyik dengannya, aku try la bukak.... Dia kata bleh contact balik dengan kawan2 lama. Tapi bila aku try cari kawan2 aku, sorang pun xjumpa..... Malas aku nak explore, lagipun hati aku masih blom terbuka nak berjinak2 dalam arena facebook ni.....huhuhu.....

Tapi yang best aku nak cite adalah tentang dinner kitorang malam tadi hehehe..... Macam biasa la versi malas nak masak lauk - pauk, lagipun untuk makan berdua je, aku dengan gumbiranya menyediakan Nasi Goreng Udang sebagai menu makan malam kami..... Jom la layan gambar2nya...... Layanzzz......






Monday, November 23, 2009

Anakku Ceria Give-away Contest

This is sticky mode
Scroll down for new entry

Bleh lagi ke nak join contest ni??? Since today adalah last day untuk join Anakku Ceria Give-away Contest, hopefully bleh diterima lagi ye Iza...? Last minutes join hehehe.....

Ini memang contest yang sangat sesuai dengan budak kecik nama Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi, 1 tahun 3 bulan ni yang memang sentiasa ceria..... Tengok sajalah gambar - gambarnya yang tak lekang dengan senyuman cerianya.... Take a look his photos!!!!

Bila suruh senyum je terus dia sengih selebar - lebarnya sampai sepet matanya huhu....

Aksi senyuman ceria ala menggoda..... kiut tak budak kecik ni??? ;p

Lagi aksi ceria Faris yang menceriakan suasana malam....

Ceriakan saya??? huhu

Hopefully juri masih mempertimbangkan penyertaan saya di saat- saat akhir ni ye!!! Sapa yang nak join gak kalo baru baru tau last minit macam saya ni (huhu) bleh klik di sini. Cepat ye!!!


Hmmm......weekend datang lagi....


Weekend datang lagi. Tapi skang musim hujan, nak berjalan pun x best.... Gaji pun blom masuk huhu. Hari sabtu ade Hari Sukan keluarga kat tempat kerja tapi pegi tengok je pastu balik sebab hujan. X dapat budak kecik tu nak main2 kat padang sebab dah jadi macam sawah padi plak. So aku x join, balik je...... Tengahari plak masak untuk lunch. Macam biasa, ayam adalah menu utama kami..... Since tak pergi pasar, aku masak je ape yang ade dalam peti ais. Bagi ade kuah skit, aku masak Ayam Masak Kicap. Memang ini menu biasa tapi aku dah edit skit ikut citarasa aku. Ternyata mendapat pujian hehehe..... (perasan je.....;p)



Inilah rupanya Ayam Masak Kicap ku. So hari ni aku dengan bermurah hati (huhu) ingin kongsikan Resepi Ayam Masak Kicap versiku.....

Bahan - bahan:

1/2 ekor ayam
2 ulas bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 batang serai - diketuk
2 biji tomato - dibelah empat
5 biji cili padi - dipotong
1 inci halia - dihiris
3 sb kicap pekat
1 sk serbuk lada hitam
1 sk serbuk lada putih
serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit serbuk perasa (optional)
minyak masak

Cara - cara:

Ayam dibersihkan, diperap dengan garam dan kunyit sebentar dan digoreng. Setelah itu, panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan cili padi, serai dan kicap. Kemudian masukkan tomato, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih. Kacau sebentar dan masukkan sedikit air serta garam. Bila mendidih masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebentar dan hidangkan.


Minum petang pula, actually I have no idea nak buat ape. Then baru teringat ade beli ubi keledek purple kat pasar malam. Last - last ku buat Cek Mek Molek Purple je huhuhu...


Ni la rupa ubi yang siap dikupas sebelum terkorban menjadi Cek Mek Molek.....


Rupa Cek Mek sebelum digoreng....



Siap untuk di tapau ke rumah My MIL hehehe....

Monday, November 16, 2009

Ayam Pandan vs Sotong Masak Pedas



Weekend je aku mempunyai masa untuk masak makan tengahari. Weekdays asyik makan kat cafe je, dah jemu rasanya. Dan weekend juga la masa untuk aku mencuba resepi baru dan masak untuk suami dan anak tercinta. Disebabkan hari cuti ku dah berkurang kerana kena kerja on saturday, so only left sunday untukku menajamkan skill memasak ku hehehe.... Since En. Hubby beli ayam (penggemar ayam no 1 di Malaysia ;p), jadi aku kena masak ayam ler...... Dah lama nak try resepi ni tapi payah nak dapat daun pandan. Last - last aku tanam sendiri dalam pasu... Sekarang pokok pandanku membesar dengan jayanya huhuhu... Resepinya adalah Ayam Pandan. Resepi macam biasa la sumberku MyResipi. Mintak izan ye tuan punya......!!!

Tapi kali ni sesi memasak ku agak mencabar kerana tengah best2 masak gas plak abis. Tunggu husband balik dulu baru mintak dia pegi tukar. Pastu baru sambung balik. Agak lewat gak lunch kami semalam. Jom tengok Ayam Pandanku.... Lulus tak???Huhuhuhu....

Ni la Ayam Pandan versiku sendiri.... (ade bahan yang xcukup tp ku abaikan huhuhu)


My Hubby ask me, kenapa letak daun pandan, then ku jawab dah namanya ayam pandan, kena letak daun pandan. Kalo ayam serai, kena letak serai...... ;p



Ni plak menu sampingan, versi malas Sotong Masak Pedas. Resepiku sendiri tanpa merujuk mana website ye...!!!





Saturday, November 14, 2009

Jalan - jalan Makan Lobster kat Langkawi...



Mengancam x lobster yang duk bertenggek dalam pinggan tu? Inilah lunch kitorg masa pegi Langkawi baru - baru ni. Memang best sangat dapat makan seafood yang fresh ditangkap sendiri dari dalam aquarium hehehe.... Bukan aku yang tangkap la, pekerja restoran yang tangkap tapi aku yang pilih ;p. Makan kat tepi laut dengan angin sepoi - sepoi bahasa.... Selain lobster, kitorg order siakap stim tapi tak sempat nak ambil gambar....Sampai je, trus ngap pastu baru teringat nak snap pic. Nasib baik lobster lambat skit dia hantar, dapat la snap huhu...

Restoran ni namanya Bamboo Beach Restaurant. Memang btul2 tepi jeti. Sempat la aku tengok dorang baru angkat ketam yang fresh dari dalam bot. Mulanya ingat nak makan ikan bakar tetapi kami terawal plak. Bakar- bakar dorg buat petang start pukul 6ptg. So tak dapat la nak merasa kali ni. Xpe, next time kalo pegi Langkawi pasti aku akan berkunjung lagi ke sini. Kalo sapa2 teringin nak pegi gak, bleh amik no phone restoran ni kat aku. Nanti xpayah tunggu lama kat sana, order siap2 pegi trus ngap je...;p. Kat bawah ni gambar aku n family yang kekenyangan. Licin semua huhuhu.....



Thursday, November 12, 2009

Nasi Goreng Tom Yam.... Nyam! Nyam!

Semalam macam malas sket nak buat lauk... So I think better buat fried rice je, senang dan cepat! Tapi nak buat nasi goreng ape ye.... hmm...... Baru teringat pes tom yam yang hari tu masih ade skit lagi, so apa kata buat nasi goreng tomyam! Tanpa membuang masa, trus la menyiapkan apa yang patut sebelum En. Hubby balik bawak budak kecik tu yang suka 'membantu'. Lepas tu tambah skit dengan ayam goreng. Tak sempat nak buat sup, dorang dah balik. Kebetulan MIL ade bekalkan kari ayam so makan nasi goreng tom yam dengan kari ayam. (Match ke..????). My hubby pun xsabar nak makan. Katanya sedap... (boleh buat lagi hehehe....). Ni la rupanya NGTY yang dicapture guna phone camera jerk...


Ok tak persembahan NGTY ni???? Maklum ler baru blajar snap food pic huhuhu....


Wednesday, November 11, 2009

Mummy_Ayu Giveaway @ 1st Birthday Moment


This is sticky mode
Scroll down for new entry

Nampaknya semakin ramai mummy blogger yang buat contest. Tak ketinggalan
Mummy Ayu yang anjurkan Mummy_Ayu Giveaway @ 1st Birthday Moment sempena 1st birthday puteri kecilnya. Jadi, untuk memeriahkan contest ni saya pun dengan berbesar hati turut sama menyertai contestMummy Ayu ni!!Kebetulan my lil' son baru saja menyambut hari kelahirannya yang pertama pada bulan Ramadhan yang lepas....

Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk mengadakan party untuk 1st Birthday my lil' son, dah survey cenderahati untuk tetamu, kek untuk Faris, dah fikir nak masak ape (kononnya nak buat triffles...) dan dah berangan nak jemput jiran - jiran. Tetapi bila masa makin hampir, baru perasan rupanya Birthday Faris jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia. So segala planku tak menjadi kenyataan.... Isk... Isk.... memang sedih tak dapat buat seperti dirancang tapi gembira sebab sambut dalam bulan yang penuh rahmat. Semoga Faris sentiasa mendapat rahmat Allah sepanjang masa.... Jadi 1st birthdaynya disambut sederhana dengan family jer...

Oh ya, pasal kek pula sebenarnya berangan nak tempah kek Ben10 kat Secret Recipe tetapi terlambat pegi order.... Nak buat majlis hari jumaat, pegi kedai kek tu ari isnin. Kata jurujual tu, kalo order hari isnin, maka isnin depan baru dapat. Sedih tol. Terpaksa la beli kek biasa jer.....

Tetapi 1st birthday momentnya tak dapat dilupakan kerana Faris masa tu kena bisul kat dagunya, bengkak. Senyum pun dah senget. Muka sedih je sambut birthday ;p. Walaupun begitu, dia memang teruja nak terkam kek birthdaynya sehingga terpaksa kaki dan tangannya dipegang masa nak potong kek hehehe.... Jom kita layan foto - foto diharijadinya yang mempunyai seribu satu kenangan.....saksikan!


Kaki dan tangannya terpaksa dipegang oleh Mak Toknya sebab dia asyik nak terkam je birthday keknya ;p




Kek Birthday Faris yang dibeli on the spot. Ok la jugak, siap ade bola dan bendera Malaysia lagi hehehe....


Ni plak muka Birthday Boy yang masam mencuka sebab tak bagi dia usik keknya huhuhuh...

Nama Birthday Boy: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Tarikh Lahir: 25 Ogos 2008
Umur: 1 Tahun 3 Bulan

Bagus jugak ade contest ni, bleh ku ceritakan ape yang terpendam hehehe... Kalo sapa nak join contest yang menarik ni bleh klik di sini atau banner di side bar. Boleh juga terjah ke blog Mummy Ayu serta penaja hadiah iaitu best friend Mummy Ayu, Notti Netti. Cepat, meriahkan contest ni!!!


CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

Sebut pasal biru, memang saya penggemar warna biru. Bukan setakat baju saya, malah baju my lil' son pun kebayakannya warna biru ;p.... Asal pegi shopping baju baby, xsah rasanya kalo tak beli satu baju biru hehehe...... Bila tengok ELIZA buat contest baby in blue ni memang teruja sangat nak masuk memandangkan foto Faris memang banyak yang dia pakai baju biru (Dah kebanyakan bajunya biru....hihihi)

So, saya dengan sukacitanya join CUTEST BABY IN BLUE CONTEST anjuran ELIZA ni sempena 5th anniversary beliau. Jom cuci mata tengok Faris in blue........!!! ;p


Ini foto Faris in Blue Romperdan dia atas Blue Blanket. Masa ni umurnya 6 bulan diambil di Hotel Palm Spring Resort Port Dickson.

Ni Faris in Blue Walker, Blue Shirt n Blue Sock. Semua biru hasil shopping ibunya hehehe... Pun masa umurnya 6 bulan.



Ni plak baju raya Faris tahun ni.... Baju dan jeans biru.... Juga ibunya yang beli huhuh...


Nama Baby in Blue ni Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi dilahirkan pada 25 Ogos 2008. Umurnya sekarang 1 tahun 3 bulan.

Kalo nak join gak contest ni macam Faris bleh lawat ke sini untuk syarat penyertaan. Dengar - dengar akan ade 5 pemenang bersempena Ulangtahun Perkahwinan ELIZA yang ke -5.
tahniah buat beliau...!!!

Sunday, November 8, 2009

Faris menang n Puding Gula Hangus tanpa telur...

Semalam bila bukak blog, nampak Orked dah update nama pemenang Baby in Walker Contest. Apalagi, terus terjah. Sukanya bila nampak gambar Faris tersenarai sebagai salah seorang pemenangnya :). Walaupun menang tempat kelima, at least menang gak hehehe. Xpe la, ni 1st contest yang faris menang dalam dunia blogging ni. Alhamdulillah....

Semalam gak saya sempat buat Puding Gula Hangus sambil berperang dengan Faris sebab abahnya keluar. Sebelum ni buat guna telur tapi kali ni jumpa resepi yang tak pakai telur. So saya try la buat. So simple cuma tukar telur dengan agar - agar je. Rupa sama tapi tekstur dan rasa pasti berbeza....



Inilah rupanya..... Kalo ade lebih bleh bawak pegi office hehehe....

Comot & Comel Baby Eating Contest..!!!






Comot & Comel?? Maksudnya walaupun comot tapi masih mengekalkan kecomelannya. Itulah yang dapat saya takrifkan daripada tajuk contest ni. Betul ke?? Huhuhu.... Suka betul saya dengan contest anjuran bersama Mummy Fia dan Ibu Adam ni. Kebetulan my lil' son ni memang sentiasa comot masa makan tetapi still maintain comelnya..... ;p.

Biasanya bila meal time, dia akan makan sama - sama kat meja makan tapi kerusinya dah di bawa ke rumah Mak Toknya sebab weekdays dia makan kat sana. So kat umah sendiri kena makan kat bawah je.... Meh kita tengok secomot dan secomel mana budak ni makan hihihi.....


Ni dia baru start nak menyepahkan lantai dengan gaya comel ala - ala menggoda gitu...

Ni plak muka puas hati dapat comotkan diri dan lantai....(penat ibunya lap lantai dan empunya badan skali pastu...huhu)

Yang ini jelingan manja sambil makan biskutnya....



Kalau dia dah mula bukak bib dia tu, maksudnya dah abis makan la tu.( Sebenarnya dah puas sepahkan makanannya.... ;p)

Ini gambar comot budak kecik makan ais krim. Masa ni umur dia 11 bulan...


Amacam??? Comot & Comel tak budak ni makan? Kalau nak tau, budak comot ni namanya Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi. Lahir pada 25 Ogos 2008. Sekarang umurnya dah 14 bulan. Nama ibunya yang tak jemu melayan karenah budak ni plak Fauziah Binti Che Mat...

Kepada Mummy Fia dan Ibu Adam, kalau rasa budak comot ni comel, sudikanlah tinggalkan komen ye.....

Kepada pengunjung yang nak join gak contest ni macam Faris bleh klk di sini. Contest berakhir 12 November 2009. Cepat bersaing dengan Faris!!!


Friday, November 6, 2009

Kek coklat n Dinner

Actually I bukan la penggemar chocolate cake tapi selalu buat kalo ade pot luck ke, birthday ke... Last I buat kek coklat adalah raya lepas. My husband suruh I buat kek for Majlis Hari Raya kat office dia. Pikir punya pikir, I rasa better buat kek coklat sebab ramai orang suka makan kek coklat (rasanya la...... ;p). Jadi I buat 2 biji, 1 utk my husband bawak pg office dan satu lagi untuk makan2 kat umah. Ni la hasilnya.... (baru nak tayang, padahal keknya dah selamat dah......huhu)


Ni plak lauk dinner malam tadi. Buat Ayam Masak Merah je.... Pun dah selamat gak hehehehe.....



Thursday, November 5, 2009

Masa untuk dinner! Hmm......

Petang semalam hujan masa balik dari kerja. Masa tengah drive, dok berkira - kira nak masak ape ye untuk dinner......hmmm... Tonite ade pasar malam tapi hujan plak..... Tengah dok pikir2, dah dekat nak sampai pasar malam, so ambik keputusan berhenti gak walaupun hujan renyai. Terus pegi ke pasar basah dan beli bahan2 untuk masak. Maka inilah makan malam my family tonite yang disiapkan oleh aku.......


Sotong Tandoori dengan perahan limau kasturi



Dan ini pula masakan kegemaranku, tom yam seafood.....



Sebenarnya ilham nak buat Sotong Tandoori tu sebab malam sebelumnya dah buat Ayam Tandoori dengan rempah tandoori yang baru ku beli masa balik kg raya lepas. Husband cakap sedap, jadi buat lagi tapi versi sotong plak hehehehe......


Ni la dia Ayam Tandoori yang ku buat malam semalam.

Tuesday, November 3, 2009

Baby in Romper Contest

Rasa macam syok plak masuk baby contests ni hehe..... Baby in Romper Contest ni anjuran Kak Ngah. Best! Best! Kebetulan my lil' son ade banyak gambar yang dia pakai romper masa pegi makan angin. Bukan ape, kalau jalan - jalan saya suka pakaikan dia romper sebab senang nak tukar diapers dia tambah - tambah kalo dalam kereta atau tempat - tempat sesak. Senang dan jimat masa.

Baby in Romper yang bakal anda saksikan ni namanya Muhammad faris Haikal Bin Mohd Helmi. Dilahirkan pada 25 Ogos 2008. Sekarang ni dah pun menginjak ke usia 1 tahun 2 bulan 9 hari pada masa entry ni ditulis. Tanpa melengahkan masa, jom layan gambar Faris be'romper'...... ;p

Inilah aksi menawan Baby in Romper ditampilkan oleh Faris. Amacam??? Cair tak? hehehehe......

Ni plak aksi santai berehat in romper di atas katil masa kat Hotel Mahkota Melaka. (control hensem tuuu....)

Dan yang ni renungan jauh penuh makna ke Laut Selat Melaka semasa bersantai di Teluk Kemang, Port Dickson. Masa ni umur 8 bulan...


Amacam, jeles tak dengan Faris? Kalo nak join gak contest ni, bleh klik di sini. Cepat ye, contest tamat 24 November 2009. Kalo nak shopping plak bleh jenguk Kedai Kak Ngah. Saya dan terjah, banyak yang menarik di sana untuk baby kesayangan anda. Romper pun ade kalo nak bergaya macam Faris.... Ade yang FREE DELIVERY lagi.... Jom kita singgah di sana!!!

Monday, November 2, 2009

Buat Sendiri Kek Hantaran Tunang...

Taraaaaa.......

Amacam, mengancam tak kek yang ku buat dan dihias indah ni...? Kek Velvet Hawflakes..

Inilah kek yang telah siap untuk di bawa sebagai hantaran tunang adik iparku. Kek ni ku buat sendiri atas hasil kreativiti aku tetapi resepinya ku ambil dari MyResipi resepi kak Fida hehe. Website ni memang ku suka sangat lawati. This is 3rd attempt aku buat kek dan memang sedap. 1st n 2nd time aku buat untuk majlis potluck kat office. Memang mendapat pujian lah!!! My MIL yang cadangkan aku buat kek ni untuk hantaran. Jadi apalagi, terus ku pegi beli bahan - bahan untuk buatnya. Memang senang buat dan sedap serta rupanya pun bleh tahan cun gak huhuhu... Actually majlisnya dah lepas pun, baru je nak upload gambarnya. Majlisnya pada bulan syawal hari tu. Masa aku buat open house kecil - kecilan hari tu, teringin nak buat lagi sekali tetapi xcukup masa.... So beli kek kat kedai je..... Jom cuci mata tengok kek ni.


Siap di masukkan ke dalam kotak yang aku decorate sendiri

Ini yang dah complete, tinggal nak bawak je....