Wednesday, July 18, 2012

Oreo Cupcake Berumput..........^_^


Sapa suka cuppies angkat tangan!!!!! Mak - mak suka buat....anak2 of course suka makan....kan? kan? Hehe...... Aku buat pun memang khas untuk anak2..... memang my sons suka.......cuma kalo untuk my sons aku tak letak buttercream...nanti habis muka, tangan, baju dorang comot......huhu...

Berceloteh panjang pun tak guna....apa kata meh intai resepi....memang mudah dan sedap.....sesuai untuk juadah petang atau majlis harijadi..... Aku amik guna resepi kat blog Mat Gebu tapi biasa la aku buat ikut apa bahan ade kat umah huhuhu.....

OREO CUPCAKE


Bahan: 
125 gram mentega 
1/2 cawan gula perang (gula halus pun boleh) 
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour) 
1/2 camca teh baking powder 
2 biji telur gred A 
1/2 camca teh esen vanilla 
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali 


Cara-cara: 
1. Panaskan oven pada suhu 175C. 
2. Dalam mangkuk pemutar, masukkan mentega dan gula perang, putar hingga kembang. 
3. Masukkan telur, tepung dan esen vanilla, putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. 
4. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar ye. 
5. Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika xnak letak buttercream). 
6. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (aku bakar 15 minit). 
7. Sejukkan sebelum dihias dengan buttercream. 

Jom cuba!

Monday, July 16, 2012

Mee Udang Salleh Stall Port Weld

Hehe......actually ride ke Kuala Sepetang ni dah lama...tapi tahun ni la...... Baru nak update pasal ni...... Bukan apa....saja nak kongsi pengalaman makan Mee Udang yang best kat Kuala Sepetang..... Mee Udang Salleh Stall....
Aku pun baru first time datang ke Kuala Sepetang ni... Semata - mata nak makan Mee Udang. sebelum ni my Hubby pernah ride gak ke sini tapi makan kat Gerai Mak Jah. My Hubby ingat kat wife dia ni, jadi dia bungkuskan Mee Udang tu.... Memang sedap!
Ride kali ni, aku ikut sebab nak rasa sendiri makan Mee Udang kat Kuala Sepetang ni...tapi dorang kali ni makan kat Salleh Stall...katanya memang famous since 1956...hehe....
Kitorang order Mee Udang Special....tapi bila sampai udang kecik2 je...agak kuciwa jugak.....Pastu kami bagitau kat pekedai tu nak udang yang besar....dia cakap kena order yang super special.....walaupun dah kenyang kami tetap nak puas hati...so order lagi Mee Goreng Udang.....memang superb la! Udang besarrrr........hehe.....

Meh la layan gambar kami ni hehehehe.....
Geng laki....berkumpul sebelum gerak

Mee Udang Special

Mee Goreng Udang Super Special

Geng Mem kat Petronas Simpang Pulai.....Senget kekenyangan lepas makan Mee Udang...huhu....

Lokasi Salleh Stall boleh tengok kat bawah. Check it out!!

Wednesday, July 11, 2012

Buffered Earning!

Buffered Earning? Hehehe..... bila aku blogwalking kan....ramai yang cukup gembira bila dapat BE. Aku pun tertanya - tanya gak, apekebenda BE ni??? Bila aku google memang ramai yang buat entry pasal BE ni..... Apa yang aku faham, BE ni memang sesuatu yang menguntungkan la kepada pemilik blog bila diberi BE oleh Nuffnang..... Mungkin earning daripada pengiklanan di blog mereka akan cepat bertambah la kot...... Macam aku blogger suam - suam kuku ni memang xberapa kisah pun pasal ni sebab update blog pun jarang - jarang hehehe...... Lagipun visitor ke blog aku ni bleh kira dengan jari berapa kerat je yang singgah sehari....huhu.... Sumber traffic pun dari google hahahaha......

Tapi aku pernah gak la dapat BE daripada Nuffnang dulu tapi xbanyak collection dapat....almaklum la....blog x famous macam Ben Ashaari ke Fatin Liyana ke atau Mat Gebu hehehe......

Kali ni aku dapat BE lagi tapi untuk promosi Libresse je.....punya la aku tunggu iklan ni kuar tapi sangat2 jarang kuar......kalo sapa2 yang lalu sini ternampak iklan Libresse tu, sila le klik ye.....hehehehe......



Friday, July 6, 2012

Ais Krim Goreng....

Ais Krim goreng memang famous kat Pantai Batu Burok Terengganu..... Masa aku balik kampung aritu kebetulan pegi ke Kuala Terengganu, aku cuba la pegi makan ais krim goreng kat situ tapi mungkin aku salah kedai kot, ais krim goreng tu xkena dengan selera aku lak...... Aku rasa ais krim goreng kat Kpj Ipoh lagi sedap kot hehehe.......

So aku google la kat internet resepi ais krim goreng , mcm2 resepi keluar tapi aku jumpa resepi yang sangat simple. Credit kepada penyumbang resepi tapi aku lupa copy linknya......huhuhu

Kat sini aku nak kongsikan Resepi Ais Krim Goreng Mudah....... 

 
Bahan - Bahan: 
6 keping roti
3 scoop ais krim - perisa kegemaran masing2 
minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Letakkan sekeping roti di atas tray/alas, cedok 1 scoop ais krim dan letakkan di tengah2 roti.
2. tutup ais krim dengan sekeping roti lain.
3. Gunakan cawan/acuan berbentuk bulat, tekap di atas lapisan roti tadi sehingga lapisan luar tercerai. Pastikan cawan/acuan tu ngam2 diatas roti tadi tapi tidak terkena ais krim di dalamnya.
4.Ulang langkah yang sama sehingga abis.
5. Sejukkan sehingga beku di bahagian freezer peti ais.
6. Bila dah beku, keluarkan dan terus goreng dalam minyak yang panas sehingga roti kelihatan kekuningan.  
7. Angkat dan terus makan untuk merasai keranguan roti diluar dan sejuk ais krim di dalam.....:]

Selamat mencuba!

Monday, July 2, 2012

Roasted Rosemary Chicken

Bersiaran lagi di petang hari Isnin ni selepas penat seharian bekerja.....hehe. Malas nak tulis panjang2 sebab mengejar masa ni.....Kalo tak update kan bersawang lagi blog ni...... Banyak sangat yang aku update tapi biasa la mesti aku akan bagi alasan yang sama......huhu.... Tapi hari ni aku nak kongsikan 1 resepi yang memang sangat aku suka. Roasted Rosemary Chicken... Cheeewahh.....Western tul namanya...... Tapi aku perap xlama, so xterasa sangat rempahnya di bahagian dalam. Lepas ni kalo aku nak buat lagi pastikan perap sehari semalam baru sedap mengancam!..... 

Ok mari kita sama2 study resepi ni yang aku xpasti amik kat mana.....cuma aku ingat2 lupa je sebab aku dulu pernah google jer..... :)

ROASTED ROSEMARY CHICKEN



Bahan-bahan

1/2 ekor ayam 
1 sudu besar kulit lemon cincang 
2 ulas bawang putih cincang 
1 sudu besar olive oil 
1 sudu besar Rosemary Kering ditumbuk 
1 sudu kecil serbuk lada hitam - optional
1/2 kiub ayam 


Cara-cara 
1. Gaulkan semua bahan yg dicincang/tumbuk tadi dengan olive oil dan lumurkan pada ayam. Bleh tambah garam kalo rasa kurang masin.... 
2. Perap selama 4 jam atau lebih... 
3. Bakar dalam oven selama lebih kurang 45 minit atau sehingga masak dengan suhu 180 darjah. 
4. Siap dihidangkan dengan sos lada hitam dan side dishes yang lain ikut kesukaan masing..... :) 

Senangkan? Cuba la......

Thursday, June 14, 2012

RVC.....dah lama buat baru nak heboh....

Cakk! Tetiba hari ni rasa nak memunculkan diri di blog kesayanganku...... Kalo ade la yang tertanya - tanya ke mana aku menghilang... (ade ke??) sebenarnya aku sentiasa ade keinginan untuk update blog tapi di saat ingin aku memenuhinya ade je benda lain yang terpaksa aku dahulukan....... sejak akhir2 ni pun aku sibuk jugak menguruskan satu perniagaan yang baru aku ceburi...Harap2 sangat boleh berjaya....Insyaallah.......Nak join saya? Silakan.....Hehehe......

Mmm...ramai kawan2 yang asyik mintak resepi RVC ni kat aku...X kurang jugak yang mintak RVC....hehe... sebenarnya boleh je google kan resepinya....tapi mungkin mereka nak tengok resepi mana yang aku ikut sehingga RVC yang aku buat menjilat jari....hahahaha.....

So ni dia resepi yang aku ikut ye.....sumber : Kak Azlita

RED VELVET CAKE



Bahan - bahan: 
2 1/2 cawan ( 250gm ) tepung gandum yang dah diayak 
1/2 sudu teh garam 
2 sudu besar (15gm) serbuk koko 
1/2 cawan (113gm) unsalted butter 
2 1/2 cawan (300gm) gula - kalo xsuka manis, bleh kurangkan
 2 biji telur 
1 sudu teh esen vanilla 
1 cawan (240ml) susu segar dicampur dengan 1 sudu besar cuka - menggantikan buttermilk 
2 sudu besar pewarna merah 
 1 sudu teh cuka 
1 sudu teh baking soda 

Topping dan filling: 
250gm cream cheese 
30gm butter 1 sudu besar perahan lemon @ lime 
1 sudu besar esen vanilla 
1 sudu besar susu segar
 100gm gula ising 

 Cara - cara: 
1. Panaskan oven 175 darjah celcius 
2. Ayak serbuk koko dan tepung dalam satu bekas dan kacau. 
3. Masukkan pewarna merah ke dalam campuran susu segar dan cuka tadi. 
4. Dalam bekas lain, pukul butter sampai kembang dan creamy, kemudian tambah gula dan pukul lagi sampai kembang dan sebati. Masukkan vanilla esen. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga sebati 
5. Kemudian masukkan campuran tepung serbuk koko tadi berselang seli dengan campuran susu segar sehingga habis kesemuanya. 
 6. Gaulkan 1 sudu teh baking soda dan 1 sudu teh cuka sampai ada bubbles. Kemudian masukkan dalam batter dan kacau sebati. 
 7. Masukkan adunan ke dalam loyang @ springform loyang. Terus bakar selama 25-30 minit. 
8. Bila kek dah siap, sejukkan dalam peti ais beberapa jam.. Supaya senang nak dibelah nanti. Kek ni agak lembut, takut nanti hancur bila nak dibelah. 
9. Kemudian terpulanglah nak belah sama ada 2,3 ataupun 4. Aku belah jadi 3 lapis je. Setiap lapis tu sapukan cream cheese frosting. Terakhir sekali sapu topping keselurhan kek dan decorate ikut citarasa sendiri..... 
10. Kemudian dah siap sejukkan lagi dalam peti ais seketika bagi keras skit atau boleh trus dimakan.... 


Selamat mencuba kawan - kawan!

Wednesday, March 7, 2012

Pavlova untuk semua........

Sekali sekala bersiaran bukan beerti jarang menjengah.... Blog aku ni memang agak sepi.... Pengunjung pun berkurang......Ye la aku jarang post entry....Alasannya.....sama mcm sebelum ni...hehehehe.....Tapi atas permintaan ramai rakan pejabatku.....maka aku post la kali ni resepi permintaan ramai yang menggemari Pavlova yang aku buat masa potluck ari tu dan ari ni... First buat tu ramai yang cakap terlebih manis, tapi kali kedua buat, aku kurangkan gula baru la rasanya ok skit.... ^_^. Ramai dah blogger yang buat Pavlova ni dan resepi pun lebih kurang sama je tapi aku refer kepada blog CMG untuk pavlova kali ni cuma kurangkan gula sahaja dan tambah buah - buahan yang berbeza sedikit... Memang sedap....rangup di luar dan macam marshmallow kat dalamnya...... Semua suka.... ^_^

So, ni la resepinya.....

Pavlova


Bahan- Bahan:

4 biji putih telur
1/2 cawan gula halus
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar cuka
1/2 sudu teh esen vanilla

Topping:
Whipping cream (aku guna yang tin)
Buah - buahan segar ( aku guna kiwi, anggur merah, anggur hitam dan strawberry)


Cara- cara:

1.Panaskan oven pada suhu 150C, sediakan kertas minyak, buat bulatan ikut saiz kesukaan dan terbalikkan. Guna bahagian ini untuk buat pavlova.Ketepikan.
2. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kental dan berkilat.
3. Masukkan cuka makan dan tepung jagung, gaul rata adunan tadi guna spatula sahaja.
4. Masukkan adunan ke dalam piping beg yang dipasang nozel bentuk bintang atau jenis bulat pun boleh. Paipkan bulatan mengikut saiz pada lukisan dikertas minyak tadi, kemudian paipkan sekelilingnya seperti bunga di bahagian atas. Buat sama untuk baki adunan.
5. Masukkan ke dalam oven, turun suhu menjadi 120C dan bakar 1 jam 20 minit.
6. Kemudian biarkan ia sejuk dalam oven.
7. Setelah sejuk, paipkan whipping cream diatasnya dan susun buah - buahan segar mengikut kreativiti anda. Hidangkan segera.

Selamat mencuba!


Saturday, January 28, 2012

Cream Puff.........Sayur....???


Alhamdulillah....... Aku akhirnya berkesempatan untuk menulis lagi di blog aku ni yang sudah lama tak aku pedulikan...... Bukan sengaja tapi waktu yang membataskan aku untuk bermanja2 dengan blog aku ni...... Asal aku berniat nak update je mesti ada kekangan yang datang..... Harap masih tidak terlewat untuk aku ucapkan selamat tahun baru 2012 kepada semua walaupun bulan januari bakal melabuhkan tirai beberapa hari lagi..... :)

Sepanjang aku tak update blog ni sebenarnya banyak sangat pic yang aku snap memang semata2 untuk buat entry tapi tak berkesempatan.... Nanti dari semasa ke semasa aku cuba selitkan pic yang banyak tu......beserta resepinya....:)

Tapi untuk hari ni aku nak kongsikan satu resepi yang baru je aku cuba... Dah lama teringin nak buat, semalam baru aku berjaya mencubanya dengan jaya...... Nampaknya anak2 aku suka....

Aku nak kongsikan resepi Cream Puff dan Custard Cream......Sumber daripada blog teratakibu.

CREAM PUFF and CUSTARD CREAM

Bahan - bahan:

Pastri Choux

170gm tepung halus
115gm mentega
1 sudu kecil serbuk penaik
285ml air
5 biji telur

Cara:

1. Panaskan oven dengan suhu 180 darjah Celcius.
2. Ayak tepung dengan serbuk penaik.
3. Masukkan mentega dan air ke dalam periuk dan panaskan sehingga mendidih.
4. Masukkan tepung dan kacau rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.
5. Angkat dan masukkan adunan ke dalam mangkuk, biarkan sejuk.
6. Kemudian masukkan telur satu persatu sambil dikacau sehingga adunan licin dan berkilat.
7. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan dengan nozzle bintang dan tekan untuk membuat bulatan kecil ke atas dulang yang telah digris atau dilapik dengan kertas minyak.
8. Bakar kira - kira 25-30 minit atau sehingga masak.
9. Biarkan sejuk sebelum dibuat belahan (jangan sampai putus) untuk di isi custard cream.


Custard Cream

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
225ml susu cair (aku guna fresh milk)
225ml air (didihkan bersama susu cair)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

1. Pukul telur, gula, tepung dan tepung kastad di dalam bekas.
2. masukkan adunan dan susu pekat ke dalam susu yang dipanaskan di dalam periuk.
3. Masak di atas api kecil sehingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla.
4. Sejukkan sebelum digunakan.


Boleh la dicuba ye! Senang je membuatnya dan sedap...... Pasti anak2 suka.......


Ni plak sayur....???? Aku pun xtau apa nama sayur ni... Aku bli kat Cameron Highland masa otw balik dari kampung masa CNY holiday minggu lepas. Sayur ni sedap dan rangup je masa makan.... Tapi aku sorg je la makan......Anak2 dan Hubby bukan penggemar sayur......

Hiasan plak adalah buah...??? Tah le ape namanya tapi aku pernah tengok dalam MasterChef Malaysia dorg guna sebagai hiasan. Mahal plak tu buah ni.... sepeket RM16 kat Cameron.... Tapi nak jugak walaupun mahal hehehehe........