Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan pada pagi tahun baru 2010...

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua... Soalan biasa apabila tiba tahun baru, apa azam anda pada tahun 2010? Tapi aku tertarik dengan kata - kata salah seorang pengacara MHI TV3 baru - baru ni. Lebih kurang begini la maksudnya, sebelum kita memikirkan apa azam baru kita, tanya dulu sama ada azam tahun sebelumnya sudah tercapai atau belum. Itu yang lebih penting. Aku rasa aku bersetuju dengan kata2 dia. Hmmm...... azam kawan2 semua pada tahun 2009 dah tercapai ke???? Apa pun azam anda harap semua telah tercapai.... Bagi aku pulak, amat jarang aku mempunyai azam tahun baru. Azam aku adalah sepanjang tahun bila aku rasa nak berazam hehehehe..... boleh ke macam tu??? ;p.


Tapi tahukah kawan2 bahawa akan berlaku gerhana bulan sebentar lagi? Mungkin ramai yang dah tahu cuma aku nak mengingatkan kembali je pa yang akan berlaku pada malam sambutan tahun baru agar dalam keghairahan kita menyambut tahun baru, kita tidak melupakan satu fenomena alam yang jarang berlaku. Menurut Jakim, fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku pada 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum. Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.


Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahun. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun! Info ni ku dapat daripada web falak-online.


Ni adalah gambaran kejadian gerhana bulan tersebut. Animasi gerhana boleh didapati di website: http://shadowandsubstance.com/.



SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY


Contest anjuran Ibu Rifqi ni mesti join sebab Faris banyak gak gambar dengan muka serius. Sebenarnya kalo boleh memang nak ambik pic Faris senyum tapi kadang2 dia buat muka serius plak bila kita suruh dia senyum. Mungkin masa tu dia xde mood nak senyum kot hehehe.... Semua pic ni ku korek2 pic lama Faris masa dia kecik. Sekarang umurnya dah 1 tahun 4 bulan.
Kelakar plak tengok muka dia serius hehe....... Meh kita tengok pic dia serius. Ibu Rifqi pilih la yang mana satu berkenan ;p..


Ni pic masa Faris umur 5 bulan....betul2 serius ni....

Ni plak masa umur dia 6 bulan, serius sebab lama tunggu makanan kat restoran...

Yang ni pun masa 6 bulan gak kat PD...

Muka serius sebab penat tunggu mak dia konvo....

Ni plak masa kat kampung, serius je muka dia tengok kambing main2 je depan umah tok dia...

Pic ni yang latest skali dengan aksi serius sambil tengok TV...


Nama budak serius ni adalah Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi. Lahir pada 25 Ogos 2008.

Amacam??? Serius x Faris?? ;). Jom join SERIUS BABY 2009 GIVEAWAY macam Faris. Klik banner kat sidebar untuk maklumat lanjut tentang contest ni. Contest berakhir pada 31 Disember 2009.

Thursday, December 24, 2009

SWEET moments Contest by lensaMama


Zaza buat contest? Ni la yang aku tunggu sebab aku tau hadiahnya mesti photoshoot yang aku memang idam - idamkan hehehehe....... Zaza memang pro dalam buat photoshoot ni. Gambar baby yang dia ambik memang cantik sangat. No wonder la baby Aazad menang banyak photo contest, mama dia kan pro punya photographer......... Aku ni pra je hehehehehehe........Rasanya zaza kena banyak buat contest daripada menyertai contest hihihi.... Dulu aku terlepas masa zaza buat kat Ratuhati, jadi kali ni mesti join..... Lagipun contest ni dah xde persaingan daripada baby Aazad lagi. Dia mesti disqualified daripada masuk contest ni, for sure hahahaha... Just kidding.

Contest yang menarik ni namanya SWEET moments Contest by lensaMama. Syaratnya mesti gambar baby dengan benda2 SWEET. Hmm......... Fikir2 Faris memang x banyak gambar dengan benda manis. Maklum la umurnya baru setahun lebih, aku xgalakkan dia makan benda manis. Dah la nak gosok gigi punya susah...hehe. So aku buat 1 photoshoot Faris dengan SWEET thing semata- mata untuk contest ni. Since kat umah cuma ade marshmallow je, aku pun gunakan la untuk photoshoot ni. So inilah hasilnya.....

Nama SWEET baby ni: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Tarikh Lahir : 25 Ogos 2008

Bercerita pasal gambar ni, sebenarnya Faris telah menghabiskan 5 biji marshmallow sementara aku merakam aksi2 dia. Disumbat mulutnya dengan marshmallow sebijik demi sebiji sampai penuh mulutnya. Aku sibuk memanggil2 nama dia tapi dia plak sibuk makan marshmallow tu tanpa hiraukan aku. Maklum la x pernah makan SWEET, jadi kesempatan yang ade tu memang dia guna betul2...... Bertuah betul anak aku ni....hehe.

Harap entry aku ni memenuhi kehendak dan citarasa juri... ;p. So kawan2 lain kalo berminat nak join macam Faris bleh la klik banner kat atas untuk maklumat lanjut. Contest berakhir pada 31 Disember 2009. Hurry up!

Tuesday, December 22, 2009

Which one do u prefer? Masak atau beli aje......

Masak ni sebenarnya minat ke terpaksa? atau rutin???? Hehehehe..... saje je bagi korang fikir skit rather then baca je post ni ;p. What do u think? Everyday u masak because of u have to do that or u memang minat masak? Semua orang ade jawapan sendiri but for me aku memang suka masak. Masak bagi aku sesuatu yang enjoy. I enjoy cooking......as my hobby. Bukan sebab nak jimat sebab aku rasa masak lagi banyak modal n some people say wasting time berbanding makan kat luar. But feel dia lain skit. Kalo masak sendiri aku rasa puas hati tambah kalo orang cakap sedap especially my hubby....huhu. Even jarak tempat keje aku ngan umah agak jauh (about 50km), seboleh2nya aku akan masak everyday kecuali hubby cakap xpayah masak hehehehe...... on the way balik umah, dalam kepala aku mesti berlegar2 resepi2 yang mana satu aku nak masak ;p. Bukan xsuka makan kat luar, mcm KFC ke Pizza Hut ke McD ke kalo buat sendiri xsama rasanya hehehehehe......

Aku suka cuba resepi2 baru tapi kena ikut gak selera tekak hubby...hihi. Semuanya dihujung jari skrg, nak resepi ape, just taip je but aku suka tengok resepi kat Myresepi and blog2 mcm blog kak Hanieliza n Mat Gebu (pomote nih...). Jangan cakap xreti masak sebab semua tu bleh belajar sendiri. Nak seribu daya, xnak seribu dalih. Am I right? So kesimpulannya, jadikanlah masak tu sebagai minat, air tangan kita mungkin boleh mengeratkan lagi kasih sayang diantara suami isteri n anak2.....

Seperti biasa ku hidangkan gambar2 masakanku yang xseberapa. Nasi Ayam aku buat hari Ahad lepas dengan puding jagung tapi xde gambar puding sebab lupa nak capture. Ayam berempah plak lauk dinner semalam dengan sup cendawan tapi xde foto supnya di sini.... lupa amik gak.

Sorry ye, gambar ayam je sempat ku capture hehehe...... tp aku buat nasinya, sup n cili tau!

Ayam berempah makan malam tadi. Resepi ku sendiri...... Since macam ade masa lagi ni, meh aku kongsikan resepinya yang saaaangat la simple ni:


Bahan - bahan:
1/2 ekor ayam
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 batang serai*
1 sk serbuk ketumbar (kalo ade)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
secubit ajinomoto (optional)


Cara2:

Tumbuk bahan2 yang bertanda*,gaulkan dengan ayam yang telah dipotong dan dibersihkan. Masukkan bahan2 lain n gaul rata. Perap sekurang2nya 1/2 jam supaya rempah sebati pada ayam. Then, goreng sehingga garing. Hidangkan masa tengah panas. Sedap!

Simple kan? Guna bahan2 yang ade kat umah je......:)


Ni plak kek Birthday my hubby pada ahad lepas. Ini bukan i buat, beli je that's why so simple. Kalo i buat mesti lagi gempak huhuhuhuhu....... Memang hajat di hati nak buat, dah plan dah everything tapi.........ade bahan yang xcukup, hubby plak xmo keluar shopping hihihihihihi..... terbantut hasratku.......tp akan ku teruskan pada masa akan datang. Tunggu...!!!!

Thursday, December 17, 2009

AKSI CERIA SI COMEL BERSAMA STERENG

Bagai Aur dengan Tebing.... Mungkin ini la pepatah yang sesuai untuk menggambarkan betapa Faris tak dapat dipisahkan dengan stereng ;p. Pastu aku jumpa plak contest yang best n memang sesuai untuk Faris join iaitu AKSI CERIA SI COMEL BERSAMA STERENG yang dianjurkan oleh Ryn bersempena dengan 2nd Birthday Adam. So apalagi, trus la aku cari foto Faris yang memang banyak sangat aksi dia bersama stereng. Kalo dia naik kereta, pantang abahnya bangun je dari tempat duduk driver laju je dia ambik alih. Xkira kat stesen minyak ke, nak bukak gate ke even dah sampai umah dia akan trus je rebut stereng kalo abahnya bangun. Kadang - kadang xmau keluar drp keta.....terpaksa la tunggu jap dia lepas gian pusing stereng keta baru angkat masuk umah hehehehe........

Gambar Faris dengan stereng sangat la banyak sampai aku xtau nak pilih mana satu. Jadi aku masukkan beberapa keping supaya juri pilih yang mana berkenan huhuhu...... jangan mare aaa......

Tengok cara Faris pegang stereng tu, macam pro je ;p hehehehe....

Dengan muka serius dan penuh sopan huhu

Bersedia nak racing ni hehe

Oh tidakkkk......!!!! hampir2.......Lembu melintas dihadapan!

Huh! Jem plak jalan nih....


Dan aksi yang paling best.....

Faris dengan stereng bot penyelamatnya.......kekekekekeh.....

Nama budak dengan stereng: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Umur : 1 tahun 4 bulan


Amacam juri? pilih jangan x pilih...... Kengkawan kalo nak mencabar Faris bleh la join cepat2!! Klik di sini untuk lihat syarat contest. Contest tamat 18 Disember 2009.

Wednesday, December 16, 2009

All in one.....

Bz week..... hajat di hati nak tulis entry from sunday lg tp baru hari ni berkesempatan. Ni pun still lots of work to do but curi2 masa gak tulis....... :). Since berhari - hari x update, so memang banyak sangat nak citer ni.....hehehehe..... Tapi masa xcukup ni, jadi ku ringkaskan saja ye!

Mula - mula pasal weekend kitorg, dah lama ajak hubby bawak Faris pegi main air sebab dah lama mak tok dia belikan pelampung tp dia asyik main kat darat je.... Finally kitorg akhirnya pegi jugak ke TRAP (Taman Rekreasi Air Panas) Sg Kelah, Sungkai last sunday. Kitorg pegi pun dah agak tengahari, memang panas tp x sangka ramai btul orang. Sampai je parking dah penuh, kena park keta kat luar. Jauh gak kalo nak jalan, so kami bli tiket tram n naik tram je masuk ke dalam. Sampai sana pun ramai orang sampai port pun dah xde nak duduk. Last2 letak je barang bawah pokok then hubby bawak Faris main air. Mula2 dia macam takut nak duduk dalam pelampungnya tapi lama2 dia berani gak pegi sampai ke tengah dengan hubby. Aku tunggu kat tepi je....hehehehe.... Bleh layan foto2 dorg kt sana. Aku yg snap foto jadi aku xde dalam gambar....:( huhuhu...



Baru masuk dalam air, macam takut2 je.....:)



Dah berani n mula pandu bot penyelamatnya....


Seronok sampai xmau balik huhuhu....



Petangnya plak, aku terajin skit buat puding. Guna bahan2 yang dah ade kat umah je yang ku beli dulu tp tak berkesempatan buat. Maka terjadi la Puding Belang mengikut resepi drp MyResipi tp telah ku edit sendiri ikut citarasa......








Dinner kitorg malam tadi plak, Nasi Goreng Tom Yam yang telah ku Western kan hahahaha..... Jom tengok foto - fotonya.





Friday, December 11, 2009

Baby with Transport Contest

Aku masih belum penat lagi untuk join baby contest yang danjurkan oleh kawan2 blogger semua (sebab belum menang hehehehe). Di samping menyokong mereka, kalau bernasib baik dapat la Faris hadiah. Kali ni aku menyahut cabaran umminabilah dengan menyertai contest anjuran beliau iaitu Baby with Transport Contest yang memang best sebab Faris memang ada transport dia yang kami hadiahkan sempena 1st birthday dia bulan 8 lepas.

Masa baru beli memang dia excited sangat nak naik. Kat kedai lagi dah naik dan xmau keluar. Tapi dia x pandai masuk dan keluar sendiri masa tu. Terpaksa la kitorg yang masukkan n keluarkan dia. Keta dia ni bleh dia pandu sendiri kalo dia pandai tekan pedalnya tapi kaki x sampai, jadi kitorg pakai remote je. Tersengeh je dia bila keta dia bergerak ke sana sini. Bila dia boring duduk dalam keta, dia plak tekan remote n tengok keta dia bergerak sendiri tanpa pemandu hehehe.....

Sekarang dia dia dah expert panjat masuk n keluar daripada keta dia. Kadang2 dia tekan pedal dengan kaki yang x berapa sampai tu, keta dia terus bergerak terhenjut - henjut macam xde minyak huhu..... kadang2 dia duduk dalam keta bawak remote skali n tekan sendiri... Tergelak kitorg tengok gelagat Faris n kereta kuningnya.........Menghiburkan tul sampai dia pun confuse nape kitorg gelak hehehehehe......

Jom saksikan gelagat Faris dengan transport dia yang aku capture guna camera handphone cikai ku huhuhuhu..............

Faris dengan gaya seperti pemandu profesional sebelum perlumbaan..............

Mendapat hadiah 'Tukul Ajaib' setelah menang perlumbaan yang baru saja tamat............;p

Ini biodata pemandu:-

Nama: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Tarikh Lahir: 25 Ogos 2008
Umur : 1 Tahun 4 Bulan

So kengkawan, meh la memeriahkan contest ni macam Faris. Kasi sengit sket pertandingan.... Klik di sini untuk mendapatkan info lebih lanjut pasal contest ni. Contest tamat pada 15 Disember 2009.

Wednesday, December 9, 2009

Penang...!!! Kami datang...


Ahad lepas, memandangkan lama dah x pegi jalan2, aku n Faris ikut abahnya ke Pulau Mutiara...Pulau Pinang. Last aku pg Penang masa baru kawin, tu pun singgah daripada Kedah, naik feri, pegi makan kat Padang Kota n patah balik. Tu je. Tapi kali ni duduk lama skit, 3 hari 2 malam.... Hari pertama jalan2 kat Padang Kota, bawak Faris rasa angin laut pastu makan kerang bakar kat situ. Mahal gak tp nak makan punya pasal xpe la..

Hari kedua plak pegi Batu Ferringhi, ingat nak shopping kat night market, tp biasa la my hubby bukan kaki jalan.....so, pegi makan je kat situ pastu balik. Last day plak aku survey kat internet, ade kedai mee udang best kat Sungai Dua, so apalagi aku ajak la my hubby pegi. Nama kedainya Restoran Aur Gading. Macam famous je kat website. So aku try la. Kata hubby rasanya biasa2 je... aku xtau nak describe sebab aku jarang makan mee udang hehehehehe.......

So ni la foto2 kami di sana....

Kat Batu Ferringhi, tgh tunggu makanan

Kat atas feri otw pg Penang

Ape tah dorg tengok, sorg pandang sana, sorg pandang sinun, langsung x pandang kamera huhu...

Masa kat lobby hotel, nak balik

Tido dengan sponge bobnya beli kat Padang Kota


Mee Udang Sungai Dua.... Aku yg pilih udang, 2 ekor udang galah, 2 ekor udang kertas... Menyelerakan x??

Saturday, December 5, 2009

Winner!!! n Nasi Ayam + Chicken Chop...

Lama aku x update blog rasanya. Minggu ni adalah minggu yang sangat busy bagi aku sbb nak siapkan ape yg patut sblm my students sit for final exam next week. So aku mmg xsempat nak jengah blog n update pe2. Kalo kt umah tau saje la budak kecik tu pantang tengok aku pegang laptop, dia pun sibuk gak join sama. Since malam ni ade masa skit, bleh la aku update. Nothing special nak aku kongsikan cuma aku rasa minggu ni walaupun busy sket tapi agak mengembirakan aku sbb mendapat 2 kemenangan dalam minggu yang sama.... :) Hari Isnin aku join pop kuiz Hari Kualiti dan Integriti kat tempat kerja, xsangka aku layak ke peringkat akhir n then become the winner on that day. Sangat menyeronokkan walaupun kebanyakan soalan, jawapannya YA atau TIDAK dan BETUL atau SALAH hehehehe........

Pada hari selasa plak makmal aku diumumkan sebagai johan untuk pertandingan Kebersihan dan Keceriaan.... Walaupun kemenangan yg aku perolehi tu bukan la gah sangat but ia cukup untuk membuatkan aku happy........huhuhuhu........

Hari khamis ade potluck jabatan, so aku dengan berbesar hati telah buat 2 biji kek untuk dijamu kepada kawan2.... So u all bleh jamu mata kek kat bawah hehehe......

Untuk dinner malam ni plak aku dengan senang hati menyediakan menu yang lain drp lain..... 2 resepi ku cantum menjadi satu iaitu Nasi Ayam + Chicken Chop. Reasonnya adalah sbb aku lapar sangat, so kena makan nasi tapi dalam kepala mmg nak masak chicken chop untuk my dear hubby and li' son. Jadi la Chicken Grilled with Rice........( Boleh ke nama ni???)


Ni Kek Batik Peanut. Lupa dah aku amik resepi kt mana tp resepinya telah ku edit sendiri dengan menambah Peanut Butter kacang kasar Lady's Choice....

Ni plak Kek Velvet Hawflakes seperti pernah ku buat sebelum ini.....


Dan our dinner tonight.....Nasi Ayam + Chicken Chop..... huhuhu...

Monday, November 30, 2009

♥ Baby With Car Contest

Tahniah kepada Mr and Mrs Faez di atas penganjuran contest yang sangat saya sukai sebab memang saya suka sangat capture photo gelagat my lil' son dengan kereta. Dia memang suka sangat bila bawak dia naik kereta. Mesti dia akan nak duduk tempat pemandu dan berlagak macam dia tengah bawak kereta. Susah tol nak amik dia balik bila dia dah pegang stering. Oleh sebab itu, saya dengan sukacitanya menyertai Baby With Car Contest oleh Mr and Mrs Faez bersempena AGM kelab kereta mereka PROSBOC [Proton BLM Owner's Club].

Marilah kita saksikan gelagat Faris dengan kereta - kereta di bawah. Since saya dah banyak sangat amik gambar dia dalam kereta, sekarang saya tontonkan gambar - gambar dia kat luar kereta plak......


Dirakam sewaktu 'pomen bertauliah' tengah membuat inspection terhadap tayar kereta ibunya yang baru ditukar. "Macam tak ketat je skru nih!!??"


Memeriksa tekanan tayar. "Ish macam takde angin plak tayar ni...!!!"

Ni plak 'model sambilan' Perodua bagi model terbaru mereka 'Perodua ALZA'


Model menunjukkan lampu Perodua ALZA kepada pengunjung. "Cantik tak??"


Nama Si Kecik di atas: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Umur: 1 Tahun 3 bulan
Jenama Kereta: Proton Savvy (grey) and Perodua ALZA (purple)


Faris dengan ini secara rasmi menyertai contest ini untuk Kategori 1..:Baby Boy With Car:..

Berminat menyertai contest ni seperti Faris? Klik di sini untuk keterangan lanjut berkaitan contest dan syarat - syarat penyertaan. Jangan tunggu lagi, tarikh tutup semakin hampir iaitu pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.

Saturday, November 28, 2009

Trip to Kolam Ikan Keli n Roti Arab

Harap masih blom terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha...... Mak aku buat kenduri Akikah buat anak sedara aku yang baru lahir bulan lepas, tapi aku xdapat balik bersama2 meraikannya.... Aku beraya di Perak umah MIL je...... Aku xdapat merasai kemeriahan Hari Raya di sini, mungkin sebab xde kenduri korban dan lepak kat umah je tanpa aktiviti beraya...... Aku pakai baju baru tp aku tengok orang lain pakai baju biasa, rasa mcm x raya.... Setahu aku, memakai baju baru pada Hari Raya adalah sunat. Aku pakaikan juga anak aku dengan baju baru. My MIL tanya nak ke mana? Aku jawab, xde ke mana2 pun....... Aku just nak feel Hari Raya......

Petangnya, My Hubby nak pergi tengok kolam ternakan ikan keli bapa saudaranya since aku xde apa2 aktiviti nak buat, so aku pun ikut sekali la. Nak jugak tengok ikan keli yang besar seperti diberitahu bapa saudaranya. Tapi xkesampaian sebab airnya keroh, xnampak. Tapi my lil' son teruja tengok ikan yang berkerumun berebut makanan bila ditabur. Jom tengok foto2 kami during the trip...!!

Dan kat bawah tu plak our breakfast pagi tadi. Roti Arab resepi Kak Hanieliza sifuku...... Hehe.... Jom layanzzz.....




Kusyuk mendengar penerangan daripada Pak Ngah tentang ikan - ikan yang diternaknya.....

Faris with abah....

Faris with ibu....


Roti Arab dengan Sambal Sardin lah...... Ana punya breakfast lah........


Masyallah..... Banyak shedap lah...!!!!

Shambal Shardin lah..!!!