Thursday, October 29, 2009

CUTEST BABY IN WALKER CONTEST

Sempena menyahut cabaran CUTEST BABY IN WALKER CONTEST anjuran ometomei ni, saya dengan ini menampilkan penampilan hebat.... Cutest Faris' s Action in Walker...

Cute tak baby yang dalam walker ni? Baby tomei ni namanya Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi yang dilahirkan ke dunia yang serba indah ini pada 25 Ogos 2008.... Sekarang umurnya dah 1 tahun 2 bulan. Walker yang ada dalam gambar tu sekarang dah tersimpan kemas di dalam almari sebab Faris sekarang dah pun pandai berlari huhuhu.... Masa foto ni diambil, umurnya 7 bulan. Jom tengok gaya Faris bersama walkernya itu, ensem tak hehehe....

Faris dengan muka control machonya, bergaya di dalam walker (ala - ala pelumba F1 gitu, baru ramai aweks terpikat huhuhu....)


Sebenarnya hajat di hati x mahu ajar Faris guna walker tetapi hajat tak kesampaian kerana kesian Mak Toknya yang jaga nanti tak boleh buat keje plak nak melayan Faris. So terpaksa la beli jugak akhirnya... Ciri - ciri yang bagus walker Faris ni adalah rodanya yang besar (susah untuk terbalik), bahagian tepi dan depan yang lebar (elak daripada senang terhantuk kat bucu) dan ada 4 stopper untuk kuncikan daripada walker bergerak masa beri makan, mengelap lantai atau keadaan tempat tak sesuai untuk dia bergerak bebas seperti di dapur.

Di sini, suka saya kongsikan Fakta berkaitan Walker menurut beberapa pakar. Boleh la direnungkan ye.....

Menurut Robert Steele, MD

Lebih separuh bayi di antara usia 5 hingga 15 bulan menggunakan ‘walker’. Dianggarkan jualannya setinggi tiga juta setiap tahun. Bayi sangat menyukainya begitu juga ibubapa menggunakannya untuk menghiburkan bayi mereka. Walaubagaimanapun, ‘walker’ adalah salah satu daripada ciptaan paling berbahaya bagi kanak-kanak, menyebabkan kecederaan dan memberi kesedihan setiap tahun.

Terdapat pelbagai jenis ‘walker’ yang berada di pasaran. Ibubapa biasanya menggunakan alasan untuk membiasakan anak berjalan dan sebagai latihan mempercepatkan anak berjalan. Ada juga ibubapa berpendapat menggunakan walker untuk tujuan keselamatan anak mereka. Malangnya, tiada satu pun yang benar.

Menurut beberapa kajian, ‘walker’ boleh menjejaskan perkembangan bayi dan ‘walker’ tidak mempengaruhi masa seseorang bayi itu untuk pandai berjalan. Malah, banyak kajian yang dilakukan mendapati bayi yang menggunakan walker akan melambatkan bayi untuk berjalan beberapa minggu daripada biasa.

Daripada segi keselamatan pula, ramai yang mengetahui mengenainya sama ada buruk atau baik. Menurut fakta, pada tahun 1997, penggunaan ‘baby walker’ telah menyebabkan 14 000 bayi dihantar ke bahagian kecemasan hospital. Malah terdapat 34 kematian disebabkan oleh ‘walker’ dari tahun 1973 sehingga 1998. Kebanyakan kes kecederaan adalah disebabkan oleh jatuh dari tangga.


Sumber: http://parenting.ivillage.com


Ini pula oleh
Dr Alan Greene MD FAAP

Walker boleh menjejaskan perkembangan normal kanak – kanak . Kerana bayi boleh bergerak dengan mudah, memuaskan hati mereka untuk bergerak bebas di atas lantai, dan kebanyakan daripada mereka tidak melalui proses asas yang penting seperti merangkak, menjalar atau lari. Peringkat ini adalah penting untuk meningkatkan kekuatan dan koordinasi.Ramai ibubapa yang berpendapat 'walker' membantu anak mereka belajar berjalan. Sebenarnya, ia adalah sebaliknya; walker boleh mengganggu proses pembelajaran anak-anak berjalan. Selain daripada mengurangkan keinginan untuk berjalan kerana bayi rasa lebih mudah bergerak hanya dengan menggolekkan roda walker, walker juga menguatkan otot-otot yang salah. Bahagian bawah kaki memang bertambah kuat, tetapi tidak pada bahagian yang penting untuk berjalan iaitu bahagian paha dan pinggul bayi.

Sumber: http://www.drgreene.com


Secara kesimpulannya, boleh dikatakan walker membawa banyak keburukan daripada kebaikan. Terpulang pada kita sendiri sama ada mahu menggunakannya atau tidak. Tepuk dada tanya la hati......

Bagi yang belom join contest ni, bleh la berbuat demikian dengan klik di sini. Cepat!! contest tamat 31 Oktober 2009.


Untuk cuci mata, meh tengok aksi - aksi Faris dalam walkernya. (Sekadar sampingan sahaja)


Kena buli dengan abahnya masa saya tengah masak

Senyuman ceria Faris dalam walkernya...

Tuesday, October 27, 2009

ONLINE CONTEST~SENYUMAN CERIA SI COMEL

Inilah sebenarnya contest yang saya cari - cari.... Saya ni memang suka masuk contest, apatah lagi kalau contest pasal baby. Mesti nak join hehe. Saje suka - suka tapi kalau menang Alhamdulillah.....

Contest ni namanya Senyuman Ceria Si Comel anjuran Smileykidz. Jadi memang sesuai la dengan my lil' son ni yang sangat suka tersenyum dan tersengeh sejak dari kecik lagi.

Asal nak ambik gambar dia je, bila suruh senyumpasti dia akan senyum lebar dan tersengeh sampai sepet matanya hehe... My MIL panggil dia Mat Senyum sebab pantang jumpa orang, sengeh saja dia hehehe.....

Nama my lil' son ni Muhammad Faris Haikal bin Mohd Helmi. Masa nak daftar kelahiran, my FIL tanya, tak panjang sangat ke namanya, nanti susah lak dia nak tulis nama bila sekolah. Kelakar hehehe.... Dilahirkan pada 25 Ogos 2008. Sekarang umurnya dah setahun 2 bulan.... Dan masih suka senyum dan sengeh hehe... Tanpa menbuang masa, meh kita tengok budak kiut ni senyum. Let's check it out!

Ni senyuman my lil' son masa umur dia 4 bulan. Senyuman ni dinamakan Senyuman Mak Nenek ( sebab belum tumbuh gigi hehe)

Ni plak Senyuman Simpul namanya... Umur 6 bulan.

Yang ni plak Senyuman Menggoda.... Senyuman paling menawan yang dilemparkan masa umurnya 6 bulan hehe...

Ini Senyuman Riang maklum la dapat jalan - jalan kat Melaka. Foto ni diambil masa dia 8 bulan kat Hotel Mahkota, Melaka. (sedap makan ikan bakar kat Umbai hehe)


Masa ni umurnya 9 bulan. Nama senyumannya ialah Senyuman Perindu (sebab nak kena tinggal pegi kursus 2 minggu huhu)

Ini pula Senyuman Ayu masa umur 9 bulan juga....


Dua gambar ni plak Senyuman Memikat Jiwa. Umur 10 bulan masa join contest Bayi Cinta Alam. Tp tak menang sebab tak memenuhi kriteria (patut amik gambar kat hutan ke taman ke, bukan dalam bilik huhuhu)



Gambar - gambar ni plak adalah gambar Senyuman Semanis Strawberry..... Beli giant strawberry kat Cameron Highland masa tu. Umur 11 bulan.

Ni plak Senyuman Jejaka Idaman... Hensem tak? Masa ni pun 11 bulan gak.

Yang ini Senyuman Ceria di Harijadiku..... (Say cheeezzzz.....). Sengeh tak hengat, maklum la dah genap setahun usianya...

Senyuman Manis di Aidilfitri untuk semua tetamu.... (Seluar terangkat pun tak pe, yang penting muka mau manis.... huhuhu)




Gambar - gambar kat atas ni pula koleksi Senyuman Aidilfitri Penambah Seri..... (Senyum ke sengeh???). Umur setahun sebulan...

Dan yang ini plak the latest, di majlis perkahwinan sepupu my Hubby. Senyuman Penghibur Hati.....

Amacam? Comel tak my lil' son senyum? Kepada pengadil Smileykidz, terpulang la nak pilih senyuman yang mana satu... Kalau Menang lagi lebar la senyuman Faris termasuk senyuman ibunya ini hihihihi.......

Kepada sesiapa yang nak join contest ni macam Faris ni, jangan tunggu lagi, klik di sini atau klik banner kat sebelah ni ye. Cepat contest tamat 31 Oktober ni...







Monday, October 26, 2009

Pembuka Bicara, Pemanis Kata

Align Center



















Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang
Awal bismilah pembuka bicara.

Puteh kuning warna suasa
Dibawa orang ke pinggir desa
Salam perkenalan pembuka kata
semoga ceria para pengunjung semua

Burung kedidi di atas para
terbang hinggap di pohon jawa
Sudilah layari blogku tak seberapa
Harap tidaklah memberi kecewa

kembang berseri kuntuman bunga
hendak dipetik si anak teruna
Coretan di sini untuk tatapan semua
Kisah hidupku pastinya bermakna

Pungguk beradu di senjakala
Air di kali sejuk rasanya
Cukup di sini buat seketika
Yang silap dariku yang baik daripada-Nya