Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Monday, May 23, 2011

'Saya tarik tangan adik'...................

Tetiba aku rasa sedih bila baca akhbar hari ni. Pagi tadi masa on the way datang keje, aku dengar radio ERA dorang buat segmen pasal kejadian tanah runtuh yang berlaku kat Hulu Langat. Aku dengar macam biasa je tapi Pak Nil begitu sebak sebab mungkin dia melihat sendiri bagaimana keadaan mangsa dan keluarga mangsa kat hospital. Aku cuma dengar kat radio, baca kat paper dan tengok TV saje.... Mungkin tak sesedih mereka yang melihat sendiri kejadian tu. Mungkin juga xde sedara mara aku yang terlibat. Jadi berita tu mungkin tak memberi kesan yang mendalam terhadap aku.

Tapi bila aku baca paper hari ni, bila seorang kanak-kanak bercerita detik cemas kejadian yang mengorbankan adiknya sendiri dihadapan matanya membuatkan hati aku berasa sayu. Aku membayangkan jika aku berada ditempatnya atau dia adalah anak aku, tentu akan menjadi satu trauma dalam hidup aku. Terus aku berasa sedih dan simpati dengan nasib yang diterima kanak-kanak malang itu...... Sob! Sob!

Dia cerita bagaimana dia menarik tangan adiknya untuk lari daripada runtuhan tanah tetapi kaki adiknya tersangkut pada tiang khemah lalu jatuh dan ditimpa runtuhan tanah dan batu menyebabkan adiknya tertimbus sungguh menyayat hati....... Dia cuba untuk menggali tanah untuk mencari adiknya tetapi dihalang oleh orang ramai. Boleh bayangkan tak bagaimana perasan dia ketika itu?? Bagaimana kalau kita yang berada ditempat dia??? Hanya mampu melihat tetapi dia dapat berbuat apa2.......Sungguh sadis........ Peristiwa ni pasti akan menjadi satu titik hitam dalam hidup dia yang akan diingat sampai bila2......


Al-Fatihah kepada 16 orang mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat...... Semoga mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..... Takziah buat keluarga mangsa. :::(

Saturday, May 21, 2011

Berhemah mendidik anak

Anak ibarat kain putih... Kita yang mencorakkannya...

Selepas aku membaca satu artikel kat akhbar Kosmo! semalam terpanggil untuk aku berkongsi sedikit sebanyak ilmu dalam membentuk keperibadian anak - anak kita. Kadang- kadang kita merasa bahawa kita telah mendidik anak kita dengan baik tetapi dalam mendidik anak, kita perlu sentiasa mencari ilmu bagaimana untuk kita terus memberi didikan yang terbaik untuk anak kita. Ilmu yang kita ada perlu sentiasa diperbaharui kerana arus zaman yang semakin moden, mungkin cara didikan mak kita terhadap kita dulu kurang praktikal jika dilakukan terhadap anak kita yang zamannya sangat berbeza dengan zaman kita. Environment sudah berbeza, teknologi semakin canggih, anak-anak kita pun semakin pintar, maklum la semasa dalam kandungan lagi kita dah berikan yang terbaik untuk anak kita, contohnya melalui pemakanan yang baik di tambah dengan vitamin dan pelbagai supplements yang ada di pasaran.

Berbalik kepada artikel tadi, dimulai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi." Menurut seorang ustaz sewaktu aku menghadiri satu kursus, katanya fitrah itu bermaksud anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan beriman. Selepas itu adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menjadikan anak mereka terus beriman atau sebaliknya. Betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa......

Dalam mendidik anak, 3 perkara perlu dilakukan iaitu pertama, komunikasi unggul, kedua, teladan yang baik dan yang ketiga, utamakan solat dan berdoa. Ramai menganggap disiplin anak dibentuk melalui kekerasan tetapi sebenarnya, komunikasi unggul antara anak dan ibu bapa membentuk peribadi mulai anak-anak. Kita perlu sentiasa berdamping dengan mereka, bercakap dan mengambil berat terhadap kehendak mereka, jangan sampai mereka tersisih. Mereka kadang-kadang degil sebagai tanda protes dan memberontak supaya diberi perhatian. Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan sentang sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi tetapi jangan menggunakan kata- kata keast dan keras kerana jiwa mereka lembut dan mudah mengingati sesuatu yang melukakan hati mereka. Jangan biasakan memukul anak hanya kerana kesalahan kecil. Pukulan adalah langkah terakhir selepas ditegur berulang kali.

Kita adalah seperti cermin anak kita sebenarnya. Apa yang kita buat menjadi ikutan mereka. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anak berjalan betul sedangkan kita sendiri gagal berjalan betul. Kita perlu bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baikagar anak-anak boleh meneladaninya. Ajar anak-anak bersolat seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata untuk pembentukan akhlak dan disiplin yang baik. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan menjadi satu bebanan. Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara yang tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji. Insya-Allah!

Ingatlah......

Jika anak hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.
Jika anak hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.
Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.
Jika anak hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.
Jika anak hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri.
Jika anak hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.
Jika anak hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.
Jika anak hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

Wallahua'lam.

Thursday, April 14, 2011

Semak kandungan gula

Aku nak tanya kepada pelayar - pelayar blog sekalian, pernahkan anda menyemak kandungan gula di dalam susu anak anda setiap kali beli susu? Pernah tak? Kalo tanya aku, memang tak pernah! Hehehe.... Yang aku semak cuma tanda halal dan harga je... Kalo susu tu memang susu yang anak aku selalu minum, aku cuma check harga saje sama ade dah naik ke belum, atau kedai mana lagi murah. Tapi sejak Anmum buat iklan kat TV pasal semak kandungan gula, baru la aku mula sedar dan semak kandungan gulanya. Tak sangka susu membesar yang anak aku minum mengandungi lebih daripada 10 sudu gula tambahan setiap hidangan! Betul ke??? Memang aku tak dapat pastikan secara tepat tapi berdasarkan skala yang aku dapat kat kedai masa beli susu Anmum, begitulah adanya.

So semak la kandungan gula dalam susu anak anda hari ni.
Ni saya nak tunjukkan apetah namanya yang aku guna untuk semak kandungan gula tu. Bleh dapat kat kedai yang jual susu Anmum.


Hakikatnya, walaupun terdapat banyak gula tambahan dalam susu yang anak aku minum sekarang, aku tak boleh nak tukar susunya sebab dia dah sebati dengan susu tu.... Camno nak buekk!!

Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan pada pagi tahun baru 2010...

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua... Soalan biasa apabila tiba tahun baru, apa azam anda pada tahun 2010? Tapi aku tertarik dengan kata - kata salah seorang pengacara MHI TV3 baru - baru ni. Lebih kurang begini la maksudnya, sebelum kita memikirkan apa azam baru kita, tanya dulu sama ada azam tahun sebelumnya sudah tercapai atau belum. Itu yang lebih penting. Aku rasa aku bersetuju dengan kata2 dia. Hmmm...... azam kawan2 semua pada tahun 2009 dah tercapai ke???? Apa pun azam anda harap semua telah tercapai.... Bagi aku pulak, amat jarang aku mempunyai azam tahun baru. Azam aku adalah sepanjang tahun bila aku rasa nak berazam hehehehe..... boleh ke macam tu??? ;p.


Tapi tahukah kawan2 bahawa akan berlaku gerhana bulan sebentar lagi? Mungkin ramai yang dah tahu cuma aku nak mengingatkan kembali je pa yang akan berlaku pada malam sambutan tahun baru agar dalam keghairahan kita menyambut tahun baru, kita tidak melupakan satu fenomena alam yang jarang berlaku. Menurut Jakim, fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku pada 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum. Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.


Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahun. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun! Info ni ku dapat daripada web falak-online.


Ni adalah gambaran kejadian gerhana bulan tersebut. Animasi gerhana boleh didapati di website: http://shadowandsubstance.com/.