Showing posts with label anak. Show all posts
Showing posts with label anak. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Dadih dan Pancake

Setiap hari aku tak pernah lupa untuk sediakan bekalan kepada anak aku untuk dia makan kat taska. Kalo aku tak sempat masak, aku standby bekalan yang ready to eat macam roti ke, bijirin ke, biskut ke. Tapi hari2 aku pastikan ade bekalan untuk MHN1. MHN2 macam biasa la aku bagi nestum je sebab kalo aku masak bubur nasi langsung dia tak mahu makan. Sejak kebelakangan ni aku tengok bekalan yang aku bagi mesti dia bawak balik semula. Kadang2 roti pun masih elok dalam plastik tak bukak. Aku hairan tol, aku pun tanya la pengasuh sama ada anak aku makan ke tak kat taska, rupanya baru aku tau, dia tak makan ape2 pun kat taska. Nasi pun langsung dia tak makan. Terkejut gak aku. Mak dia melantak nasi lemak, ayam goreng, ikan patin bagai kat pejabat, rupanya anak tak makan kat taska. Dia cuma minum susu je. Masa dengan pengasuh lama, banyak dia makan, bekal selalu habis. Kenapa ye?Hmmm........ Jadi malam tadi aku cuba buat makanan kegemaran dia. Aku buat dadih strawberry sebab kalo pegi pasar malam selalu nak dadih pink! Hari ni aku bekalkan dia 2 cup dadih pastu buatkan dia pancake pagi tadi. Selain tu bekalan sampingan, aku bagi coco crunch dan air sunquick mangga. Memang penuh la backpack dia hari ni. Harap2 dia makan segala mak nenek bekalan aku bagi...... Aku pun dah pesan kat pengasuh supaya pujuk dia makan. Aku kesiankan dia yang makin kurus...... MHN2 pun asyik tak sihat kebelakangan ni...... Hmmm.......risau je aku.....

Inilah dadih dan pancake bekalan MHN1




Wednesday, May 11, 2011

Bila anak berimaginasi...

Dalam tempoh membesarkan anak-anak, bermacam ragam mereka yang kita dapat lihat. Setiap hari ade saje perkara baru yang mereka akan buat dan terokai. Kita akan merasai semakin hari mereka semakin bijak dalam membuat sesuatu perkara. Tak kurang juga dengan imaginasi mereka yang bermacam-macam yang kadang- kadang membuatkan kita tersenyum sendiri bila melihatnya....

Begitu juga dengan anak aku yang suka berimaginasi. Hmm... walaupun banyak perkara yang mereka buat menaikkan kemarahan kita, ade perkara yang membuatkan kita tersenyum and wonder what they are doing. Kids yang berusia 2 tahun lebih macam anak aku ni memang cepat menyerap ape saja yang kita ajar even ape yang kita lakukan pun cepat je mereka tiru. Jika baik yang kita ajar atau tunjukkan kepada mereka, maka baik la yang mereka akan buat dan sebaliknya. That's why aku sangat tak suka jika sesiapa menyebut perkataan yang bukan - bukan dihadapan mereka, pasti mereka akan ingat. Mungkin mereka takkan sebutkan pada waktu tu, tapi mungkin esoknya mereka akan cakap benda yang sama macam mereka dengar semalam.

Pengaruh TV pun banyak memainkan peranan dalam pembentukan anak - anak. Tengok saja lah anak aku, semua tajuk cerita Indon dia bleh ingat. Malah pelawak - pelawak dalam rancangan Raja Lawak atau Maharaja Lawak pun dia kenal. Ape maksudnya tu????? ;p

Kat sini aku nak kongsikan gambar anak aku MH1 dengan imaginasinya....... Agak2 ape la yang ade di fikirannya??



Membina menara menggunakan minuman kultur Vitagen kegemarannya.....



Membuat keretapi menggunakan selipar... Ade kenduri kat rumah jiran, jadi ramai tetamu kat rumah masa tu. Bila jenguk kat luar, semua selipar dan disusun macam tu... Hai ni mesti pengaruh cartoon Chugginton yang dia selalu tengok tu...

So moral of the story, bentukkan lah minda anak-anak kita dengan perkara yang baik dan biarlah mereka berimaginasi serta meneroka dunia kerana semasa usia mereka 1 hingga 6 tahun, sel otak anak sedang aktif berhubung. Semakin banyak sel otak mereka berhubung semakin cepat pembelajaran dan kebijaksanaan mereka. Jangan sekat perhubungan sel otak mereka dengan mengatakan TIDAK terhadap perkara- perkara yang sepatutnya mereka bebas melakukan.....

Monday, March 21, 2011

Apam oh Apam.....

Apam comel ni aku buat khas untuk Hero No1 aku sebagai bekal gi taska. Sebenarnya dia baru belajar duduk kat taska sebab aku dah pindah dari umah MIL ke umah sediri. Sejak dari lahir memang MIL yang jaga dia sampai umur dia 2 tahun setengah. Bila dah duk jauh drp MIL terpaksa la aku anta anak2 aku ke taska. Hero No2 memang no hal duk taska sebab dia baru 3 bulan, blom mengerti ape2.... tp yang sulong ni xbiasa jadi susah skit untuk dia sesuaikan diri. Hari pertama langsung xmakan, mandi pun xnak. Asyik nangis jer..... Kesian aku tengok dia. Jadi aku terpaksa la buat bekalan untuk dia supaya dia makan. Nampaknya idea buat apam ni memang idea yang bagus sebab dia memang suka makan apam. Blom bawak ke taska lagi dia dh makan kt umah. Aku bekalkan banyak juga ke situ, maklum la ramai bebudak. Xkan nak tengok je anak aku makan kan? So ni aku tayangkan pic apam yang aku buat special untuk my Hero No1.


Ni yang aku bekalkan untuk anak aku...




Balance aku bawak pegi ofis (aik...apsal belen lagi banyak??? hehehe....)