Thursday, April 21, 2011

Masakan yang mencabar...Hantu Kak Limah

Alhamdulillah hari ni dapat bersiaran awal sebelum diriku menjadi sibuk sikit masa lagi. Musim masak - memasak aku kembali lagi (tanpa niat) hehehe.... Al kisahnya macam ni, malam semalam My Hubby keluar belikan makan malam sebab ruang sejuk beku peti aisku kosong. Aku pesan belikan Nasi Goreng Paprik. Sebab My Hero No2 aku tido, malas nak kejutkan dia keluar pegi makan. So, My Hubby kuar dengan My Hero No1 je. Aku kat umah, buat la ape yang patut sementara menunggu makanan tiba. Tunggu punya tunggu, lama tol dorang kuar, pegi beli nasik ke masak nasik??? Perut dah menyanyi lagu Negaraku dah... I wonder where they are going... Aku pun call la, rupanya pegi pasaraya patut le lama bebenor.....

Tak lama lepas tu dorang balik bawak makanan tapi lain yang dipesan lain yang dibeli sebab dorang beli kat pasar malam je... Part yang paling best bila Hubby cakap: "Tu saya beli siput sedut, esok masak la". Aku pun jawab:" Alamak...kenapa beli siput.....leceh la nak masak....nak kena ketuk bontot dia lagi....malas tol la....". Tapi aku jawab dalam hati je....hehehe..... Isteri mithali.. kena la ikut cakap suami...

So petang semalam aku pun terkocoh2 la balik umah pas keje. Sebelum tu singgah kedai dulu beli santan, cili padi dan serai. Sampai umah, bermula la keje mencabar memasak siput sedut. Part yang mencabar bukan nak masak siput tetapi nak berperang dengan My HN1 yang nak 'menolong' sama dan My HN2 yang nak dikendong je. Fuihh!! Mencabar sungguh! Tak tenteram jiwa aku masak siput sedut tu. Akhirnya dengan segala penat lelah dan kesabaran serta kasih sayang, maka siap la Masak Lemak Siput Sedut aku (yang sedap hehehe) sebelum My Hubby pulang...


My Hubby memang suka siput masak lemak, sekarang dan berjangkit kat My HN1. Dia pun dah mula suka makan siput. Penat aku menyedut kat dia. Tapi berbaloi la penat lelah aku... memang dorang suka makan. Hidangan makan malam aku ditambah dengan beberapa lauk tambahan masakan makcik kantin yang sedap dan ulam kacang botol kegemaran aku sorang...


Pas dinner, menonton cite Hantu Kak Limah. Aku dah tengok. My Hubby je dia tak puas hati nape orang suka sangat cite ni sampai jadi fenomena. Dia baru nak tengok. Ulasannya, biasa je cite ni....ape yang lawak??? Tah, no komen....

1 Komen:

!✿❤Cik Izan❤✿! said...

hai...salam kenal ^__^
suka blog nih...byk resepi menarik...

Post a Comment