Showing posts with label makan - makan. Show all posts
Showing posts with label makan - makan. Show all posts

Wednesday, May 25, 2011

Char Kuey Teow .... Resepi Simple


Hmmm.... Hehe sebelum tu nak cite dulu......

Hampir 5 bulan aku tak balik kampung, cuti Hari Wesak hari tu aku ambik kesempatan pulang ke pangkal jalan kampung halamanku yang tercinta..... Lama xjumpa mak ayah aku... Almaklum la duduk di kejauhan ni (mcm dok oversea plak!!) suami plak keje tak menentu waktu, terpaksa la aku tangguh niat aku beberapa kali..... So di kesempatan yang ada tu aku pun balik kampung berjumpa ibubapaku termasuk kakak-kakakku, abang-abangku, pak cik-pak cik ku, mak cik-mak cikku, anak - anak sedaraku (berapa banyak daa........)

Tapi balik kampung kali ni dugaan betul bila naik kerete pinjam bapa mertuaku. Aku ni dah la mabuk perjalanan terutama naik bas. Kereta ok skit. Naik MPV bapak mentua aku ni, aku punya pening macam naik bas! Di tambah plak aku balik ikut Cameron Highland, lagi la pusing kepala aku. Siap uwekk! uwekkk! lagi. Masa balik pun sama. Tobat lepas ni taknak naik keta pinjam bapak mertua lagi balik kampung!!

Duduk kat kampung xde la lama sangat, 3 hari 2 malam je (mcm duk hotel plak!!). Masa yang singkat ni memang xsempat aku nak ke mana2.... Cuma melawat sedara-mara je... Selebihnya lepak je kat umah sembang2 dengan mak ayah. Selalunya banyak je program aku bila balik kampung tapi kali ni memang xde duit hati nak jalan2....... Aku sempat la beli keropok sikit2 utk bawak balik kat mertua dan kawan2. Masa aku pegi umah kakak aku, aku terpandang 2 bungkus kuey teow halus keluaran syarikat melayu tempatan. Aku pun tanya la kakak aku kat mana dia beli sebab kat sini susah nak jumpa. Katanya beli kat pasar tapi waktu tu dah malam, esoknya plak aku pun dah nak balik, jadi kedua2 bungkus kuey teow tu akhirnya bertukar tangan......kakak aku bagi kat aku hehehe.....

Aku plan nak buat Char Kuey Teow pas balik tapi hasrat aku tertangguh selama beberapa hari akibat kesibukan melampau la sangat. Tapi akhirnya, aku berjaya juga mencuri peluang untuk buat Char Kuey Teow yang sedap ni. Ape yang membuktikan kuey tiaw aku ni sedap adalah kerana aku tengok My Hubby makan sampai licin. Mesti sedap. Sebab dia jarang habiskan makanan kalo tak sedap (walaupun dia xcakap xsedap tapi kalo nampak muka dia semacam je makan pastu terus tinggal, maknanya xsedap la tu...). So kalo sesapa nak buat bleh la try. Resepinya adalah hasil pemerhatian aku terhadap cara masakan sorang mamat penjual kuey teow yang sedap kat Kerinchi sewaktu aku belajar dulu. Aku selalu beli dan perhatikan dia masak. Dan aku apply kat sini. Bahannya sama cuma kicapnya aku xtau dia guna kicap ape, jadi aku buat sendiri cuma refer skit2 kat resepi yang aku google kat internet.


Bahan - bahan (untuk 1 pinggan)

Kuey teow halus ( satu genggam)
3 ekor udang sederhana (direbus sebentar)
10 ekor kerang (kalo xsuka xperlu tambah)
*10 batang cili kering (kisar)
*2 ulas bawang putih (kisar)
*3 ulas bawang merah (kisar)
sedikit taugeh
sedikit kucai
sebiji telur
sedikit minyak masak

untuk kicap:

3 cawan air rebusan udang
3 sudu kicap pekat
2 sudu sos tiram
2 sudu sos tomato
2 sudu sos cili
garam, gula dan perisa secukupnya.

Cara - cara:

Masukkan minyak ke dalam kuali, masukkan udang dan kacau sebentar.
Kemudian, masukkan bahan kisar, kacau sehingga naik bau.
Masukkan kerang dan segenggam kuey teow,kacau sebati.
Sendukkan 2 senduk kicap, masukkan ke dalam kuali dan kacau.
masukkan telur, taugeh dan kucai, kacau sekejap dan terus diangkat.
Makan sewaktu panas bersama cili jeruk. Pasti terangkat!!

Monday, January 25, 2010

Steamboat n BBQ at Seoul Bulgogi

Lama aku x update blog aku ni. Sejak akhir2 ni memang busy sangat. Maklum la semester baru dah start, a lot of works to do. Pastu aku plak kena pegi kursus 1 minggu kat KL. Balik kursus, banyak sangat kerja tertangguh terpaksa aku siapkan. Seminggu kat ofis, then kena datang kursus balik 1 minggu. Skrg ni aku dalam kursus. Paling kesian, budak kecik tu asyik kena tinggal ngan ibunya..... Dia stay la kat umah mak toknya dengan abah dia. Tadi aku telefon dia, memang beria-ria dia cite kat aku dalam bahasa dia sendiri, aku pun x faham hehehehe..... aku layan je la anak aku yang sorang tu.... :).

Kebetulan, tempat aku kursus ni mmg area tempat belajar aku dulu, sempat la aku amengimbau kenangan lama kat sini hehehe..... Aku bawak kawan2 aku makan kat tempat aku pernah makan dulu macam area Pantai Dalam, Char Kuey Tiaw Kerinchi yang sangat sedap bagi aku dan beberapa tempat lagi. Bertahun2 tak datang sini, rupanya banyak sangat perubahan yang berlaku, terutama bangunan2 tinggi yang tumbuh macam cendawan lepas hujan. Tempat yang paling teringin aku nak pegi adalah restoran steamboat kat Plaza Pantai. Dulu aku pernah pegi beberapa kali, memang banyak choice stemboat kat ctu. So aku ajak kawan2 aku pegi makan kat ctu. Nama Restoran tu Seoul Bulgogi BBQ n Steamboat. Puas hati la makan kat ctu walaupun harganya agak mahal gak tapi yang pasti mengenyangkan huhhuhu...

Layan la gambar2 yang aku capture kt sana....


Ini makanan yang kitorang amik masa 1st round hehe....

Kitorang pilih sup ayam, apalagi terus ke acara masak memasak la....



BBQ pun sedap.....marinated dengan pelbagai sos.



Hmmm.... amacam nampak sedap x??


Sempat jugak aku mengabadikan kenangan di sana hehehe...

Monday, January 4, 2010

Nasi Ayam RM1.90?? Batik 1Malaysia...

My 1st entry for year 2010..... :). After a week aku bercuti in my home town, today is my 1st day masuk kerja semula pada tahun baru.... Semuanya still sama macam tahun lepas....Hmmmm i think aku perlu buat some adjustment and maybe perlu tidying up mejaku yang macam bersepah je hehehe.... Tapi biasa la hari isnin macam ni aku masih lagi dalam mood holiday, tambah2 cuti lama lagi la macam berat je tulang aku ni nak buat kerja2 mengemas ni.....;p So aku spend time sikit la untuk bercerita pasal holiday aku kat kampung.

Macam tajuk entry aku tu, yes it's true...... Maybe some of you yang pernah pegi pantai timur xheran pun tengok tajuk entry aku sebab dorang dah biasa, tapi bagi sesapa yang blom pernah pergi mesti terkejut kalo tau harga nasi ayam yang dorang makan cuma RM1.90 sahaja! Can you believe it? Dan teh o ais cuma RM0.50! So total yang korang makan for your lunch hanya RM2.40! Mustahil untuk makan dengan harga macam tu especially kat KL. Kat pasar malam pun nasi ayam dijual dengan harga RM3.50. Rasa lebih kurang sama je. Kuantiti pun sama...
Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu dan harga barang yang mahal, don't you ever think macam mana dorang masih bleh mengekalkan harga makanan yang begitu rendah???

Tapi itulah realitinya yang mana masih banyak kedai2 di pantai timur yang menjual makanan dengan harga yang murah. Aku pun xtau macam mana dorang bleh pusing dan berapa banyak keuntungan yang dorang dapat dengan jual murah macam tu. 1st day aku sampai kat kampung, my hubby terus ajak aku makan nasi ayam RM1.90 sebelum sampai umah my parent. Beberapa kali jugak kami pergi makan kat situ sepanjang berada kat kg. My Hubby nampak cukup suka makan nasi ayam tu. Selalu sangat ajak aku pergi makan. Aku pun xtau apa yang menjadi daya tarikannya. Kalo nak kata sebab murah, makan kat umah mak lagi xpayah bayar 1 sen huhuhuhuhu.......

2nd time aku pergi kedai tu, aku tengok ramai sangat orang so aku pun pegi la order, rupanya ayam blom masak patut la ramai benor orang tengah tunggu. Aku malas nak tunggu, jadi aku move tu 2nd kedai yang jual nasi ayam dengan harga yang sama. Kedai pertama aku xsempat snap pic. Maybe next time. So ni la pic nasi ayam n kedainya yang kedua kami pegi. Tp sorry nasi ayam tu aku dah makan skit pastu baru teringat nak snap pic hehehe...jangan mare aa.....

Sebelum tu nak cerita pasal batik 1Malaysia yang aku beli. Maklum la menyahut seruan kerajaan, memupuk semangat 1Malaysia... Dapat beli batik 1Malaysia pun jadi huhuhu... Kslo sapa2 nak beli bleh la dapatkan kat Tganu... Yang aku beli ni harganya hampir RM400 sepasang. Pure silk. 1st time ade baju harga macam ni. Memang mula2 telan air liur nak beli tapi xpe la sempena tahun baru ni, beli la satu..... Kalo nak beli lagi, tahun depan la plak hahaha....

Mengenyangkan walaupun hanya RM1.90...


Haa...percaya x cakap aku? Ade lagi makanan yang dijual dengan harga murah.... (promosi ni x dibayar ye...)


Batik 1Malaysia yang aku beli... dah jadi baju pun, tunggu nak pakai je...hehehe. Wangi baunya...