Salam Khamis kepada semua. Beberapa hari aku menjadi pelawat setia blog aku tanpa mengepos sebarang entry... Setiap hari bukak blog tapi xdapat nak update. Kat ofis tak sempat, kat umah lagi la tak berpeluang. Asal aku bukak laptop je, My Hero No1 terus datang nak tengok Mickey Mouse Clubhouse kat Youtube. Abih, camno???
Hajat dihati dah lama nak update gambar lauk-pauk aku. Tapi tak kesampaian.... Dah la nak masak tu bukan calang-calang hari yang boleh (eh betul ke ayat aku ni??). Ni lah cabaran aku sebagai seorang ibu yang berkerja... Kalo boleh hari - hari aku nak masak tapi bila memikirkan soal anak aku yang sangat rajin membantu, terus membantutkan niat aku. Kadang2 aku gagahkan memasak tetapi My Hero No2 yang tak bersalah akan jadi mangsa abangnya. Haii....sapa yang boleh bagi aku petua bagaimana nak mengelakkan si abang memukul si adik? Kesian dah aku tengok MHN2 tu, dah calar balar dicakar oleh MHN1. Sabar je la.....
Kekangan masa pun menyumbang gak ke arah
kemalasan dan kesukaran memasak. Ye la sampai umah dah dekat pukul 6 petang, mana nak siapkan anak2 lagi, nak kemas umah lagi, nak kemas diri lagi.... Nanti kang suami komplain plak bila balik umah tengok isteri comot je... Macam Ustazah Siti Nor Bahyah cakap, kena hias diri cantik2 untuk sambut suami pulang keje... Pakai wangi-wangian, dengan senyuman manis..... (Tapi aku selalunya tak sempat nak buat macam tu....hehehe.... I'm sorry.... :P)
Dua tiga hari ni aku singgah kedai je beli lauk siap hehe..... Lauk mentah yang aku beli, kadang2 jadi batu
belah kat dalam peti ais tu, boleh pandang2 je tak sempat nak pegang2. Nampaknya tak dapat la aku nak challenge blogger2 masak ni.... Takpe2.... tunggu la umah baru aku siap, dapur cantik, dengan microwave oven yang besar (berangan...), mesti aku lebih bersemangat nak masak masakan yang sedap2 macam western food ke, chinese food ke, timur tengah ke, jawa tengah ke (erk....ade ke????). Hehehe....
Ni aku nak persembahkan lauk dinner aku yang backdated beberapa hari..... Cuba perhatikan pinggan yang aku guna tu.... Corelle uuu...... (Huh! macam orang lain xde....). Nak bagitau, aku 1st time beli corelle, sebelum ni duk pakai pinggan hadiah kawin je.... Bukan mahal pun corelle tu... Rm44 je.............................................................................. sebulan (x10 bulan huhuhu).

Asparagus with Oyster Sauce

Roasted Rosemary Chicken