Monday, November 30, 2009

♥ Baby With Car Contest

Tahniah kepada Mr and Mrs Faez di atas penganjuran contest yang sangat saya sukai sebab memang saya suka sangat capture photo gelagat my lil' son dengan kereta. Dia memang suka sangat bila bawak dia naik kereta. Mesti dia akan nak duduk tempat pemandu dan berlagak macam dia tengah bawak kereta. Susah tol nak amik dia balik bila dia dah pegang stering. Oleh sebab itu, saya dengan sukacitanya menyertai Baby With Car Contest oleh Mr and Mrs Faez bersempena AGM kelab kereta mereka PROSBOC [Proton BLM Owner's Club].

Marilah kita saksikan gelagat Faris dengan kereta - kereta di bawah. Since saya dah banyak sangat amik gambar dia dalam kereta, sekarang saya tontonkan gambar - gambar dia kat luar kereta plak......


Dirakam sewaktu 'pomen bertauliah' tengah membuat inspection terhadap tayar kereta ibunya yang baru ditukar. "Macam tak ketat je skru nih!!??"


Memeriksa tekanan tayar. "Ish macam takde angin plak tayar ni...!!!"

Ni plak 'model sambilan' Perodua bagi model terbaru mereka 'Perodua ALZA'


Model menunjukkan lampu Perodua ALZA kepada pengunjung. "Cantik tak??"


Nama Si Kecik di atas: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Umur: 1 Tahun 3 bulan
Jenama Kereta: Proton Savvy (grey) and Perodua ALZA (purple)


Faris dengan ini secara rasmi menyertai contest ini untuk Kategori 1..:Baby Boy With Car:..

Berminat menyertai contest ni seperti Faris? Klik di sini untuk keterangan lanjut berkaitan contest dan syarat - syarat penyertaan. Jangan tunggu lagi, tarikh tutup semakin hampir iaitu pada 1 Disember 2009 pukul 11.59 mlm.

3 Komen:

geez said...

If u wonder why tangan Faris berbalut dalam pic diatas, sebab dia pegang tutup periuk panas. Tangannya melecur. Terpaksa balut sbb nanti dia nangis tengok tangan dia...Kalo x tengok ok je....

Mr and Mrs Faez said...

Salam

Saya pilih gambar 1 ek.. nampak mekanikal sgt hehehe

So gud luck

mamamiera said...

good luck abg faris haikal..

from adi haiqal..

Post a Comment