Mummy_Ayu Giveaway @ 1st Birthday Moment
This is sticky mode
Scroll down for new entry
Scroll down for new entry
Nampaknya semakin ramai mummy blogger yang buat contest. Tak ketinggalan Mummy Ayu yang anjurkan Mummy_Ayu Giveaway @ 1st Birthday Moment sempena 1st birthday puteri kecilnya. Jadi, untuk memeriahkan contest ni saya pun dengan berbesar hati turut sama menyertai contestMummy Ayu ni!!Kebetulan my lil' son baru saja menyambut hari kelahirannya yang pertama pada bulan Ramadhan yang lepas....
Sebenarnya sudah lama saya merancang untuk mengadakan party untuk 1st Birthday my lil' son, dah survey cenderahati untuk tetamu, kek untuk Faris, dah fikir nak masak ape (kononnya nak buat triffles...) dan dah berangan nak jemput jiran - jiran. Tetapi bila masa makin hampir, baru perasan rupanya Birthday Faris jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia. So segala planku tak menjadi kenyataan.... Isk... Isk.... memang sedih tak dapat buat seperti dirancang tapi gembira sebab sambut dalam bulan yang penuh rahmat. Semoga Faris sentiasa mendapat rahmat Allah sepanjang masa.... Jadi 1st birthdaynya disambut sederhana dengan family jer...
Oh ya, pasal kek pula sebenarnya berangan nak tempah kek Ben10 kat Secret Recipe tetapi terlambat pegi order.... Nak buat majlis hari jumaat, pegi kedai kek tu ari isnin. Kata jurujual tu, kalo order hari isnin, maka isnin depan baru dapat. Sedih tol. Terpaksa la beli kek biasa jer.....
Tetapi 1st birthday momentnya tak dapat dilupakan kerana Faris masa tu kena bisul kat dagunya, bengkak. Senyum pun dah senget. Muka sedih je sambut birthday ;p. Walaupun begitu, dia memang teruja nak terkam kek birthdaynya sehingga terpaksa kaki dan tangannya dipegang masa nak potong kek hehehe.... Jom kita layan foto - foto diharijadinya yang mempunyai seribu satu kenangan.....saksikan!
Kaki dan tangannya terpaksa dipegang oleh Mak Toknya sebab dia asyik nak terkam je birthday keknya ;p
Kek Birthday Faris yang dibeli on the spot. Ok la jugak, siap ade bola dan bendera Malaysia lagi hehehe....
Ni plak muka Birthday Boy yang masam mencuka sebab tak bagi dia usik keknya huhuhuh...
Nama Birthday Boy: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Tarikh Lahir: 25 Ogos 2008
Umur: 1 Tahun 3 Bulan
Nama Birthday Boy: Muhammad Faris Haikal Bin Mohd Helmi
Tarikh Lahir: 25 Ogos 2008
Umur: 1 Tahun 3 Bulan
Bagus jugak ade contest ni, bleh ku ceritakan ape yang terpendam hehehe... Kalo sapa nak join contest yang menarik ni bleh klik di sini atau banner di side bar. Boleh juga terjah ke blog Mummy Ayu serta penaja hadiah iaitu best friend Mummy Ayu, Notti Netti. Cepat, meriahkan contest ni!!!
3 Komen:
salam kenal..thank you coz join my contest..dah check ur entry..semua ok.LULUS! good luck yer faris!!
hai salam kenal.
salam kenal gak buat ummiluqman. Tq sebab sudi jadi follower kita ;)