Saturday, May 21, 2011

Berhemah mendidik anak

Anak ibarat kain putih... Kita yang mencorakkannya...

Selepas aku membaca satu artikel kat akhbar Kosmo! semalam terpanggil untuk aku berkongsi sedikit sebanyak ilmu dalam membentuk keperibadian anak - anak kita. Kadang- kadang kita merasa bahawa kita telah mendidik anak kita dengan baik tetapi dalam mendidik anak, kita perlu sentiasa mencari ilmu bagaimana untuk kita terus memberi didikan yang terbaik untuk anak kita. Ilmu yang kita ada perlu sentiasa diperbaharui kerana arus zaman yang semakin moden, mungkin cara didikan mak kita terhadap kita dulu kurang praktikal jika dilakukan terhadap anak kita yang zamannya sangat berbeza dengan zaman kita. Environment sudah berbeza, teknologi semakin canggih, anak-anak kita pun semakin pintar, maklum la semasa dalam kandungan lagi kita dah berikan yang terbaik untuk anak kita, contohnya melalui pemakanan yang baik di tambah dengan vitamin dan pelbagai supplements yang ada di pasaran.

Berbalik kepada artikel tadi, dimulai dengan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud "Setiap anak lahir dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih, maka kedua-dua ibu bapanyalah yang menjadikannya bersikap seperti Yahudi, Nasrani atau Majusi." Menurut seorang ustaz sewaktu aku menghadiri satu kursus, katanya fitrah itu bermaksud anak yang dilahirkan adalah dalam keadaan beriman. Selepas itu adalah tanggungjawab ibu bapa untuk menjadikan anak mereka terus beriman atau sebaliknya. Betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai ibu bapa......

Dalam mendidik anak, 3 perkara perlu dilakukan iaitu pertama, komunikasi unggul, kedua, teladan yang baik dan yang ketiga, utamakan solat dan berdoa. Ramai menganggap disiplin anak dibentuk melalui kekerasan tetapi sebenarnya, komunikasi unggul antara anak dan ibu bapa membentuk peribadi mulai anak-anak. Kita perlu sentiasa berdamping dengan mereka, bercakap dan mengambil berat terhadap kehendak mereka, jangan sampai mereka tersisih. Mereka kadang-kadang degil sebagai tanda protes dan memberontak supaya diberi perhatian. Pakar psikologi menjelaskan, seorang anak kecil perlu ditegur dan diingatkan sentang sesuatu perkara sekurang-kurangnya 200 kali. Selepas 200 kali teguran diberi, barulah anak tersebut boleh dimarahi tetapi jangan menggunakan kata- kata keast dan keras kerana jiwa mereka lembut dan mudah mengingati sesuatu yang melukakan hati mereka. Jangan biasakan memukul anak hanya kerana kesalahan kecil. Pukulan adalah langkah terakhir selepas ditegur berulang kali.

Kita adalah seperti cermin anak kita sebenarnya. Apa yang kita buat menjadi ikutan mereka. Jangan jadi seperti ketam yang menyuruh anak berjalan betul sedangkan kita sendiri gagal berjalan betul. Kita perlu bersikap walk the talk iaitu menunjukkan sikap yang baikagar anak-anak boleh meneladaninya. Ajar anak-anak bersolat seboleh-bolehnya ketika anak sudah mula berkata-kata untuk pembentukan akhlak dan disiplin yang baik. Biarpun tidak betul pergerakannya, melatih mereka sejak usia muda akan membentuk kebiasaan agar solat bukan menjadi satu bebanan. Jiwa yang menghayati solat akan terhindar daripada perkara yang tidak baik seterusnya melahirkan akhlak yang terpuji. Insya-Allah!

Ingatlah......

Jika anak hidup dalam kekasaran, dia akan belajar melawan orang lain.
Jika anak hidup dalam kritikan, dia akan belajar menyalahkan orang lain.
Jika anak hidup dalam ketakutan, dia akan belajar jadi pengecut.
Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar berasa bersalah.
Jika anak hidup dalam kesabaran, dia akan belajar menjadi penyabar.
Jika anak hidup dalam galakan, dia akan belajar menjadi yakin.
Jika anak hidup dalam pujian, dia akan belajar menghargai.
Jika anak hidup dalam persetujuan, dia akan belajar menyayangi diri sendiri.
Jika anak hidup dalam kejujuran, dia akan belajar memahami kebenaran.
Jika anak hidup dalam keadilan, dia akan belajar menjadi adil.
Jika anak hidup dalam keselamatan, dia akan belajar menyayangi diri dan orang lain.
Jika anak hidup dalam kemesraan, dia akan belajar untuk menyayangi masyarakat.

Wallahua'lam.

0 Komen:

Post a Comment