Thursday, March 31, 2011

Lagi2 apam...... Apam Gebu

Asyik2 apam! Asyik2 apam! Hehe mesti sapa2 yang baca blog aku ni bosan dengan cerita apam aku. Tapi realitinya aku suka buat apam nak tau apa sebab musababnya??? Ni senarai kenapa aku selalu buat apam:

Yang pertama: Sebab resepinya sangat mudah, bahan2 yang sentiasa ade kat umah
Yang kedua: Sebab senang sangat nak buat apam, just masuk bahan dalam mixer then siap utk dikukus
Yang ketiga: Sebab anak aku suka makan apam
Yang keempat: Sebab malas nak pikir resepi lain untuk minum petang selain cekodok pisang
Dan Yang terakhir: sebab musabab yang mendahului sebab musabab lain adalah sebab kat umah aku xde oven, xbleh aku nak buat cupcake ke, cistat ke, kek buah ke jadi.....aku buat la apam hahahahahuhuhuhuhwaaa.........(gelak sorg2...)

Bukan xnak beli oven tp tunggu umah baru siap, aku nak beli oven yang BESARR PUNYAAA!!! Bleh la aku buat bermacam jenis kek, bermacam jenis tart, bermacam jenis roti (kalo aku rajin) macam Kak Hana tuuu......

Cerita pasal apam, meh aku turunkan resepi Apam Gebu ku...


Bahan2:

3 cawan tepung halus (superfine)
3 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu besar ovallete
1 cawan aiskrim soda
1 sudu kecil esen vanila
cawan kertas

Cara2:

1. Pukul telur, gula dan ovallete hingga kembang dan gebu.
2. Kemudian, masukkan aiskrim soda dan pukul lagi.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil adunan dipukul rata.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan diwarnakan dengan warna merah, hijau dan satu bahagian warna asal.
5. Masukkan ke dalam cawan kertas dan kukus selama 10 minit.




Resepi tu telah aku olah daripada resepi yang aku dapat daripada pelbagai sumber seperti myresipi dan blog2 masakan yang selalu aku kunjungi. Sapa2 yang nak cuba bleh la mmg senang sangat...


3 Komen:

Zuraini said...

tepung superfine tu mcm mana ek?

geez said...

Tepung halus utk buat pau dsb. Jenama blue key pun ade. ^_^

Anonymous said...

salam.. sy nk tny. nape sy buat xjadi ye? apamnye xnaik.. xpecah.. tp dia punya rasa, sama mcm apam yg sy nak..

Post a Comment