Monday, January 4, 2010

Nasi Ayam RM1.90?? Batik 1Malaysia...

My 1st entry for year 2010..... :). After a week aku bercuti in my home town, today is my 1st day masuk kerja semula pada tahun baru.... Semuanya still sama macam tahun lepas....Hmmmm i think aku perlu buat some adjustment and maybe perlu tidying up mejaku yang macam bersepah je hehehe.... Tapi biasa la hari isnin macam ni aku masih lagi dalam mood holiday, tambah2 cuti lama lagi la macam berat je tulang aku ni nak buat kerja2 mengemas ni.....;p So aku spend time sikit la untuk bercerita pasal holiday aku kat kampung.

Macam tajuk entry aku tu, yes it's true...... Maybe some of you yang pernah pegi pantai timur xheran pun tengok tajuk entry aku sebab dorang dah biasa, tapi bagi sesapa yang blom pernah pergi mesti terkejut kalo tau harga nasi ayam yang dorang makan cuma RM1.90 sahaja! Can you believe it? Dan teh o ais cuma RM0.50! So total yang korang makan for your lunch hanya RM2.40! Mustahil untuk makan dengan harga macam tu especially kat KL. Kat pasar malam pun nasi ayam dijual dengan harga RM3.50. Rasa lebih kurang sama je. Kuantiti pun sama...
Dengan keadaan ekonomi yang tak menentu dan harga barang yang mahal, don't you ever think macam mana dorang masih bleh mengekalkan harga makanan yang begitu rendah???

Tapi itulah realitinya yang mana masih banyak kedai2 di pantai timur yang menjual makanan dengan harga yang murah. Aku pun xtau macam mana dorang bleh pusing dan berapa banyak keuntungan yang dorang dapat dengan jual murah macam tu. 1st day aku sampai kat kampung, my hubby terus ajak aku makan nasi ayam RM1.90 sebelum sampai umah my parent. Beberapa kali jugak kami pergi makan kat situ sepanjang berada kat kg. My Hubby nampak cukup suka makan nasi ayam tu. Selalu sangat ajak aku pergi makan. Aku pun xtau apa yang menjadi daya tarikannya. Kalo nak kata sebab murah, makan kat umah mak lagi xpayah bayar 1 sen huhuhuhuhu.......

2nd time aku pergi kedai tu, aku tengok ramai sangat orang so aku pun pegi la order, rupanya ayam blom masak patut la ramai benor orang tengah tunggu. Aku malas nak tunggu, jadi aku move tu 2nd kedai yang jual nasi ayam dengan harga yang sama. Kedai pertama aku xsempat snap pic. Maybe next time. So ni la pic nasi ayam n kedainya yang kedua kami pegi. Tp sorry nasi ayam tu aku dah makan skit pastu baru teringat nak snap pic hehehe...jangan mare aa.....

Sebelum tu nak cerita pasal batik 1Malaysia yang aku beli. Maklum la menyahut seruan kerajaan, memupuk semangat 1Malaysia... Dapat beli batik 1Malaysia pun jadi huhuhu... Kslo sapa2 nak beli bleh la dapatkan kat Tganu... Yang aku beli ni harganya hampir RM400 sepasang. Pure silk. 1st time ade baju harga macam ni. Memang mula2 telan air liur nak beli tapi xpe la sempena tahun baru ni, beli la satu..... Kalo nak beli lagi, tahun depan la plak hahaha....

Mengenyangkan walaupun hanya RM1.90...


Haa...percaya x cakap aku? Ade lagi makanan yang dijual dengan harga murah.... (promosi ni x dibayar ye...)


Batik 1Malaysia yang aku beli... dah jadi baju pun, tunggu nak pakai je...hehehe. Wangi baunya...

6 Komen:

ita cutevirus said...

geez, nak tanye pasal batik 1malaysia tu... mane beli?? brape prize sebenar??? peeerggghh... sure glamor geez pakai batik 1malaysia... jeles ai.. ehehehe...

geez said...

ita, batik tu harganya RM390. Campur ngan upah jahit dh jadi 400 lebih ngehehe.. Bli kt tganu, berminat ke??

ita cutevirus said...

cam berminat... beli kat pasar payang ke??

geez said...

x, i beli dengan kakak. Kalo ita nak, i bleh tanya kakak i...

MayaWahida said...

yang ni baju batik 1 Malaysia yang PM pakai tu ek? Bukan apa.. bapa aku kenan sangat nak baju batik tu... siap aku buat entry khas untuk permintaan bapa aku tu...

http://www.mayawahida.com/bapa-aku-nak-baju-batik-1malaysia/

Ayumisafia said...

Salam Tuan Rumah..
Berminat dgn Batik Sutera Terengganu...
Kami ada menawarkan harga yang kompetatif.
http://bazaarterengganu.blogspot.com/

Post a Comment