Thursday, December 31, 2009

Gerhana Bulan pada pagi tahun baru 2010...

Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua... Soalan biasa apabila tiba tahun baru, apa azam anda pada tahun 2010? Tapi aku tertarik dengan kata - kata salah seorang pengacara MHI TV3 baru - baru ni. Lebih kurang begini la maksudnya, sebelum kita memikirkan apa azam baru kita, tanya dulu sama ada azam tahun sebelumnya sudah tercapai atau belum. Itu yang lebih penting. Aku rasa aku bersetuju dengan kata2 dia. Hmmm...... azam kawan2 semua pada tahun 2009 dah tercapai ke???? Apa pun azam anda harap semua telah tercapai.... Bagi aku pulak, amat jarang aku mempunyai azam tahun baru. Azam aku adalah sepanjang tahun bila aku rasa nak berazam hehehehe..... boleh ke macam tu??? ;p.


Tapi tahukah kawan2 bahawa akan berlaku gerhana bulan sebentar lagi? Mungkin ramai yang dah tahu cuma aku nak mengingatkan kembali je pa yang akan berlaku pada malam sambutan tahun baru agar dalam keghairahan kita menyambut tahun baru, kita tidak melupakan satu fenomena alam yang jarang berlaku. Menurut Jakim, fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku pada 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan. Gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum. Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.


Menarik kali ini ia berlaku ketika fenomena di panggil "Blue Moon". Untuk "Blue Moon" berlaku amat jarang, iaitu setiap lebih kurang 2.5 tahun. Untuk ia berlaku pada awal tahun baru masehi lagi jarang, iaitu setiap 19 tahun. Dan mengikut maklumat dari NASA, untuk 1000 tahun akan datang, kombinasi Blue Moon dan Gerhana Bulan akan berlaku hanya 11 kali sahaja, atau sekali dalam setiap 19 tahun! Info ni ku dapat daripada web falak-online.


Ni adalah gambaran kejadian gerhana bulan tersebut. Animasi gerhana boleh didapati di website: http://shadowandsubstance.com/.



2 Komen:

Ena said...

Salam Tahun Baru 2010..

Ena pun daer juge tengok pasal gerhana bulan tu.. tu la.. risau pula bile berlaku mcm tu di awal tahun.. Mudah2an kiter di jauhkan dari segala bencana..
Ena pun setuju dengan cerita azam tu.. seeloknye selesaikan lah dahulu yg sebelum.. baru boleh pasang azam baru.. :)

geez said...

Tul tu ena.... Harap semuanya baik belaka sepanjang tahun 2010..... Azam perlu disertai dengan semangat dan usaha yang berterusan....baru la boleh tercapai :)

Post a Comment